Bila Tokey Durian Bercerita

fullsizeoutput_93e4Ni bukan tokey durian main-main. Dia ada kelulusan kejuruteraan dan mahir dalam bidang IT. Bagi saya dia pengurus projek IT yang terbaik yang saya pernah jumpa. Dia rakan sebilik saya di MRSM Kota Bharu dulu.

Dia telah tanam durian Raja Kunyit lebih 17 tahun yang lalu. D197, katanya. Kemudian dia biarkan. Setahun dua ni baru berminat nak pulihkan balik kebun yang terbiar itu.

D197 tu pun kini sudah dijenamakan sebagai Musang King. Memang sahih asalnya dari Tanah Merah, Kelantan. Didaftarkan oleh pekebun dari Gua Musang. Sebab tu ada nama Musang! Kemudian barulah pekebun-pekebun dari Raub menanamnya secara besar-besaran. Rasa pahitnya selari dengan selera pelanggan dari China. Malah ada yang menyatakan rasanya macam keju. Saya berpandangan mungkin kita mahu menamakan durian sebagai Malaysian Cheese Fruit supaya persepsi orang dari Eropah dan Amerika kepada durian boleh diubah kepada yang lebih dekat dengan budaya mereka dan berani mencubanya.

Baru saya tahu pokok durian ni boleh ditukar konfigurasi buahnya tanpa menanam semula. Boleh dikahwinkan pokok lama dengan benih baru, dahan baru akan tumbuh dan buah baru akan keluar dalam masa dua tiga tahun. Maka, sebuah pokok boleh ada dua tiga jenis buah. Lagi tua pokok induk, lebih tinggi kualiti buah.

Walaupun pertanian bukan bidang asal beliau, dia banyak membaca, menghadiri kursus, mencari ilmu di internet dan merujuk kepada pegawai pertanian. Dia memperkenalkan beberapa bid’ah baru dalam pertanian durian seperti “vacuum pack” buah supaya jangka hayat ekonomi isi durian boleh bertahan lama tanpa menjejaskan kualiti rasa, kelazatan dan kesegarannya.

Kawan saya ni pun cuba menukar minda orang-orang kampung yang kini menjadi kawan rapatnya. Dia benarkan sebahagian dari tanahnya dijadikan kedai kopi. Itu penting baginya kerana kedai kopi adalah pusat infomasi kampung, tempat mendapatkan maklumat dan bertukar fikiran. Di situ, bukan saja maklumat baru diperolehi tetapi boleh juga menjadi tempat mengesahkan maklumat.

Dia juga mengaggihkan kerja-kerja kepada beberapa orang kampung di atas kepakaran mereka seperti mengahwinkan pokok, menjaga saliran dan membersihkan kawasan. Kawan saya menyatakan ada perkara yang dia tahu lebih dari orang kampung tapi orang kampung lebih pandai melakukannya berbanding dengan dia. Lebih baik dan bermanfaat menggunakan kepakaran mereka. Ada yang sudah dapat menggandakan pendapatan mereka dengan bekerja di kebun durian kawan saya ni. Yang lebih penting, mereka sudah mula berani menawarkan perkhidmatan mereka kepada pihak lain dan sudah mula ada akaun di Facebook untuk mempromosi kerja mereka.

Saya dapat perhati bagaimana keberanian menggunakan ilmu penting di dalam industri tradisional. Kebolehan berkomunikasi juga mustahak di dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi pandangan orang-orang yang susah mahu berubah. Jangan sombong hanya kerana kita ada lebih sijil dan kelulusan, orang kampung kaya dengan ilmu amalan dan budi. Mereka juga ada harta dan tak berhutang, tak seperti orang bandar yang rata-ratanya ada hutang yang besar.

Memang panjang cerita kawan saya ni termasuk rantaian bekalan dan bagaimana beliau mahu memberanikan orang kampung untuk melepasi pelbagai peringkat orang tengah. Ni adalah perjuangan beliau seterusnya.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s