Nama saya Nik Hasyudeen. Saya berasal dari Kelantan dan kita menetap di Kuala Lumpur.
Saya amat bersyukur kerana diberi rezeki untuk terlibat di dalam pelbagai bidang di dalam kerjaya saya sebagai seorang akauntan profesional. Ini merangkumi amalan awam, kepimpinan profesion perakaunan, mengawal selia juruaudit dan pasaran modal serta menjadi pengarah di dalam syarikat-syarikat berkepentingan awam di Malaysia.
Saya telah melihat bagaimana kepimpinan, tadbirurus dan pengurusan menjadi penentu di dalam kejayaan organisasi dan perniagaan untuk mencapai matlamat mereka. Di dalam masa yang sama, keruntuhan integriti, pecah amanah dan pelbagai kecurangan lain bukan saja meruntuhan organisasi dan perniagaan malah akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Melalui ruang ini, saya mahu kongsikan pandangan dan pendapat saya berkenaan perkara-perkara di atas agar sedikit sebanyak kebaikan yang saya kecapi dapat diperpanjangkan kepada usahawan dan masyarakat secara lebih luas.
Saya juga ada blog berbahasa Inggeris berkenaan perkara-perkara yang sama di hasyudeen.com.