Anak Dagang Unggul Di Dunia

Tan Sri Hanafiah Hussain tidak malu untuk mengaku bahawa dia adalah anak pendatang dari Aceh yang dibesarkan di Kedah. Kerana kecemerlangan akademik dan sukan beliau, nama beliau dicadangkan untuk diberi biasiswa kerajaan negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di England. Walaupun pada awalnya dia dipersiapkan untuk pergi ke Universiti Al Azhar di Mesir sebagai seorang pelajar pintar di Maktab Mahmud, Tan Sri Hanafiah akhirnya menjejak kaki di Manchester, England, untuk mengambil bidang perakaunan. Kerajaan Kedah memberi biasiswa kepada beliau walaupun beliau bukan anak tempatan.

43dd9be3-679b-43e7-8046-2671ef905762

Di England, sebagai seorang anak muda ketika itu, Tan Sri Hanafiah menumpukan perhatian untuk mencapai misi beliau di sana, menjadi seorang Chartered Accountant. Ini memerlukan beliau unggul di dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Belajar di masa itu bukan macam sekarang, semuanya ada di hujung jadi. Di ketika itu England baru keluar dari Perang Dunia ke-2. Dia rajin ke perpustakaan dan juga belajar dengan rakan-rakan yang lebih mahir di dalam matapelajaran yang tertentu.

Dia lulus kesemua matapelajaran yang diambilnya di universiti. Kerana keunggulan pencapaiannya, beliau berjaya mendapat tempat untuk “articleship” di salah sebuah firma perakaunan di sama. Di ketika itu setiap Chartered Accountant (Master) hanya dibenarkan mengambil dua orang pelatih sahaja dan biasanya tempat diberikan kepada anak tempatan. Si Master dibayar 200 Pound, si pelajar tak ada gaji. Peluang yang diberikan kepada Tan Sri Hanafiah tidak disia-siakan, beliau lulus kesemua matapelajaran dan akhirnya layak dan menjadi anak Melayu pertama yang bergelar Chartered Accountant. Asal usul beliau tidak dijadikan bebanan tetapi dia fokus kepada masa depan dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sekembalinya beliau ke Malaya pada tahun 1956, beliau terus menjenguk bekas Menteri Besar Kedah yang merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membolehkan Tan Sri Hanafiah mendapat biasiswa. “Jangan lupa jasa orang dulu-dulu” pesan Tan Sri Hanafiah ketika menceritakan babak ini kepada ratusan pegawai dan kakitangan Tabung Haji di Kuala Lumpur Jumaat lalu. Oleh kerana kelayakan beliau tinggi, kerajaan Kedah melepaskan beliau untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur.

fullsizeoutput_9f6c

Beliau kemudiannya bertemu dengan Pengarah Commonwealth Development Corporation, sebuah agensi British yang bertanggungjawab memajukan koloni mereka di seluruh dunia. Akhirnya Tan Sri Hanafiah diberikan tugas untuk membuka tanah pertanian di Air Lanas, Jeli, Kelantan. Ini merupakan skim tanah pertama di Malaya yang bertujuan untuk memberikan tanah untuk diusahakan oleh rakyatnya.

Bila Malaya merdeka, Perdana Menteri, Tun Razak telah memanggil Tan Sri Hanafiah ke pejabatnya dan memberi beliau mandat untuk menubuhkan Felda. Bila Tan Sri Hanafiah tanya Tun Razak bila dia harus memulakan tugasnya, Tun Razak jawab “Besok”. Tan Sri Hanafiah menggunakan pemgalaman beliau dari Air Lanas untuk mewujudkan model perniagaan Felda agar ianya lebih berjaya dari skim British yang sebelumnya.

Bila Felda sudah ditubuhkan dan mula berjalan, sekali lagi Tan Sri Hanafiah dipanggil ke pejabat Tun Razak. Kali ini beliau diberikan kertas konsep untuk menubuhkan sebuah tabung bagi membolehkan umat Islam mengerjakan haji tanpa kehilangan harta benda mereka seperti sebelumnya. Kerta konsep itu telah disediakan oleh Profesor Ungku Aziz. Bila ditanya bila Tan Sri Hanafiah kena mulakan tugas baru ini sekali lagi Tun Razak jawab “Besok”.

Maka Tan Sri Hanafiah memulakan tugas baru ini dari pejabat UMNO di Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman). Sebelum kutipan wang dibuat dia menjelajah ke seluruh negara untuk berkempen berkenaan Tabung Haji. Apa yang dia belajar di Maktab Mahmud dahulu banyak membantu. Beliau juga berkerjasaman dengan Pejabat Pos yang dijadikan sebagai wakil Tabung Haji untuk mengutip simpanan dari bakal jemaah haji. Hanya perlu bawa kad pengenalan dan duit Seringgit. Bagi memulakan operasi, bekas kakitangan Pejabat Pos diambil termasuk 2 orang bukan Islam yang tahu selok belok operasi. Walaupun di dalam jangkaan awal Tabung Haji hanya mampu mengutip RM 100 ribu sahaja, Tabung Haji di bawah kepimpinan Tan Sri Hanafiah mengutip RM 1 juta pada 6 bulan pertama saja.

9dd46911-a298-41ee-9a23-5f645508b8d2

Kemudian Tan Sri Hanafiah dipanggil lagi ke pejabat Tun Razak. Kali ini Tun Razak mahu menyelesaikan masalah petani dan nelayan yang terpaksa menjual hasil usaha mereka melalui orang tengah. Maka timbul lah cadangan mewujudkan FAMA. Sekali lagi Tan Sri Hanafiah kena memulakan tugas barunya “besok”.

Dari FAMA, Tan Sri Hanafiah menjalankan tanggungjawab beliau untuk mengisi makna kemerdekaan dengan pelbagai cara lagi. Dia pernah menjadi ahli Dewan Rakyat, menjadi duta ke Taiwan untuk menggalakkan pelaburan dari sana bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, menjadi Pengerusi Eksekutif Bank Bumiputera dan membuka firma perakaunan tempatan yang terkenal Hanafiah, Raslan & Mohamed.

Sangat besar jasa Tan Sri Hanafiah kepada negara, khususnya kepada Tabung Haji yang terus berkembang selepas diasaskan oleh beliau. Untuk menanda tanda penghargaan kami di Tabung Haji, kami menjempu Tan Sri Hanafiah untuk berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada kami agar usaha dan semangat yang telah dipamirkan oleh beliau merangsang kami untuk menyumbang dan berkerja dengan lebih bersemangat dan amanah lagi. Pesanan beliau “berkerjalah dengan ikhlas kepada Allah dan sentiasa menjadi orang yang jujur dan tidak tinggal sembahyang”.

d9f76912-3dc1-4629-9915-a29cf576a2d0

Anak dagang berketurunan Aceh ini berjaya menjadi seorang yang unggul bukan sahaja di negara ini tetapi di persada dunia. Beliau telah dianugerahkan “Lifetime Achievement Award” oleh Institute of Chartered Accountants England and Wales, badan perakaunan yang unggul di dunia itu.

Tan Sri Hanafiah akan tetap dikenang sebagai pengasas Tabung Haji dan orang yang telah menjadikan konsep yang mulia ini sebagai satu kenyataan. Saya serta kesemua warga Tabung Haji berdoa agar Allah menerima kesemua amalan beliau, mengampunkan dosa beliau dan memberikan beliau kejayaan di dunia dan akhirat.

2 Comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s