Integriti dan kejujuran asas kepada profesionalisma

5QesH5JMQJKzeAEZKTwcow

Saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dengan sekumpulan akauntan muda dari Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) semalam.

Di antara yang saya kongsikan ialah perjalanan hidup saya sebagai seorang akauntan profesional. Bila saya belajar tidak ada Excel atau Access tapi hanya ada Multiplan dan Dbase saja. Bila saya mula amalan awam telefon bimbit agak besar dan ada kawan saya ditahan ketika memasuki bank kerana pengawal keselamatan tidak tahu apa benda yang dia bawa tu.

Teknologi berubah mengikut zaman namun akauntan tetap berperanan untuk membantu pengurusan perniagaan dan organisasi di dalam pelbagai bentuk. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengatasi teknologi dan boleh menambah nilai melalui cara yang tidak mampu ditiru oleh teknologi. Sekarang kita bercerita berkenaan blockchain dan distributed ledger yang dikatakan akan menjadikan lebih banyak profesion menjadi tidak bernilai. Saya lebih positif.

Walau bagaimana pun, integriti, kejujuran dan amanah sentiasa diperlukan dari seorang akauntan atau mana-mana profesional lain kerana masyarakat bergantung kepada mereka untuk membuat keputusan berdasarkan kepada kepakaran mereka. Di dalam perakaunan misalnya, kebanyakan aset kini dinilai berdasarkan kepada unjuran aliran tunai yang akan dibawa mereka kepada pemiliknya. Ini memerlukan pelbagai andaian, pengiraan dan formula yang rumit. Mana andaian yang dipilih, pengiraan yang digunakan dan formula yang terlibat ditentukan berdasarkan kepada keputusan yang dibuat secara profesional yang ditunjangi oleh integriti, kejujuran dan amanah.

Jika akauntan hilang nilai profesional mereka, mereka hilang kewibawaan dan tidak berbeza dengan orang lain. Saya ingatkan mereka berkenaan Andrew Fastow, CFO Enron yang mendapat anugerah CFO of the Year dan dipenjarakan disebabkan urusniaga dan tindakan yang sama.

Untuk mempertahankan nilai-nilai profesional, akauntan kena ada kemahiran dan prestasi kerja yang cemerlang. Ini membolehkan mereka menyatakan “tidak” jika dikehendaki berbuat sesuatu yang bercanggah dengan apa yang benar. Jika disuruh berhenti kerja kerana mempertahankan kebenaran, lebih banyak pintu-pintu baru akan dibuka untuk mereka kerana kecemerlangan dan nilai mereka.

Satu kaedah yang boleh mereka guna untuk menilai diri mereka ialah dengan bertanya bila mereka memandang muka mereka di cermin setiap pagi “bolehkah aku mempercayai muka ini?”. Kita tidak boleh menipu diri sendiri.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s