Hari ini adalah Hari Pekerja yang dirayakan di seluruh dunia. Saya telah dijemput untuk menyertai satu perlawanan golf bersama beberapa orang akauntan lain.
Di antara yang hadir ialah Tan Sri Abdul Samad Alias yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya semenjak kami berkenalan bermula di dalam tahun 2000 semasa kami sama-sama menjadi calon untuk pemilihan ahli lembaga Institut Akauntan Malaysia. Seorang lagi yang turut bertanding ialah En. Abdul Rahim Hamid yang juga bermain pada hari ini.
Dua orang bekas rakankongsi Coopers & Lybrand (sekarang PwC) Haji Darwish dan Hj Muhammad Abdullah turut menyertai kami. Sebenarnya Hj. Muhammad Abdullah pernah menjadi Presiden Impian Golf and Country Club. Jadi dialah yang mengaturkan permainan kami pagi ini.
Tiga orang akauntan lain yang bermain ialah Muzaffar Abdul Halim, Damanhuri Mahmud dan Mohd Salihin. Muzaffar ialah CFO Perbadanan Insuran Deposit Malaysia dan Salihin adalah pembantunya. Damanhuri pula ialah teman serumah saya semasa di Perth. Beliau baru saja menghabiskan kontrak perkhidmatan dengan Bank Simpanan Nasional.
Satu-satunya akauntan wanita yang bermain hari ini ialah Christina Foo. Dia pernah bekerja dengan Ernst & Young dan kini mempunyai firma perundingannya sendiri. Dia juag merupakan seorang ahli lembaga pengarah Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
Kami juga disertai oleh tiga orang kenalan En. Muhammad. Kesemuanya ramah-ramah saja.
Memang elok jika masa cuti ini digunakan untuk memperkukuhkan persahabatan di antara kita. Bila bermain golf, kita bersama pemain-pemain yang lain selama 4 jam. Masa ini boleh digunakan untuk macam-macam perkara di samping bermain. Inilah peluang yang bagus untuk mendekati orang yang sibuk. Itu pun jika dia nak bermain dengan kita lah.
Malam ini saya akan makan malam dengan seorang lagi akauntan dari Singapura. Tentu banyak perkara baru yang saya boleh maklumi malam ini.