8 Perkara Penting Berkenaan Pekerja

rsfXa2ydQO2XJ2RNKCEGcgPertama, kena ada deskripsi tugas yang jelas. Ini bukan sahaja memudahkan perkerja menjalankan tugas mereka tetapi memudahkan perniagaan mencari orang yang sesuai untuk memjalankan tugas tersebut.

Kedua, kena ada kejelasan berkenaan kuasa dan tanggungjawab perkerja supaya dia dapat melaksanakan tanggungjawabnya tanpa kekeliruan.

Ketiga, kena dipersetujui dengannya pencapaian yang diharapkan. Secara kasar bolehlah dibincangkan cara yang boleh dia pilih, untuk dijadikan panduan. Ini penting bagi perkerja kanan kerana dia juga akan mencorakkan budaya di dalam perniagaan kita.

Keempat, kaedah penilaian prestasi yang jelas akan membantu perkerja untuk memfokus usahanya kepada tanggungjawabnya. Ini samalah menetapkan striker bola dinilai dengan jaringan gol di pihak lawan dan penjaga gol dinilai dengan bilangan percubaan lawan yang diselamatkan, jangan terbalik.

Kelima, penilaian prestasi dijalankan seperti yang dipersetujui dengan adil. Tidak boleh ada pilih kasih.

Keenam, habuan tambahan seperti bonus adalah berdasarkan prestasi yang dinilai.

Ketujuh, perkerja hendaklan diberi latihan untuk meningkatkan prestasi dan potensinya di dalam perniagaan.

Kelapan, jalan perkembangan kerjaya di dalam perniagaan kita mestilah jelas supaya perkerja kita tahu macamana untuk meningkatkan kemampuan mereka selari dengan apa yang perniagaan kita perlukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s