Saya telah diundang untuk menjadi ahli panel di dalam satu forum berkenaan anti-rasuah, khususnya dengan kuatkuasa Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun depan. Di samping saya, Ketua Pengarah Pusat Governan, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim turut dijemput. Beliau memulakan sesi dengan berkongsi maklumat berkenaan tindakan-tindakan kerajaan dan GIACC untuk membenteras rasuah di negara ini.
Forum ini adalah sesi terakhir di dalam Konvensyen Tadbiurus 2019 yang dianjurkan bersama oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC) dan Institutional Investors Council Malaysia yang mana Tabung Haji adalah di antara ahlinya.
Pada pandangan saya, organisasi yang mempunyai tahap tadbirurus yang tinggi sudah semestinya menganggap rasuah sebagai satu jenayah yang harus dihindari kerana risikonya kepada organisasi. Justeru, sudah ada sistem dan proses yang diwujudkan bagi membendung rasuah. Seksyen 17A hanya akan menyebabkan organisasi demikian menjadi lebih fokus untuk menguruskan risiko ini.
Seperti biasa, saya memberi gambaran berkenaan peranan sistem dan jantunghati manusia di dalam apa-apa perkara sahaja. Walaupun manusia sentiasa mahu menjaga kepentingan dirinya, tanpa sistem yang sesuai dan dilaksanakan dengan berkesan, sesuatu hasrat yang boleh tersasar. Di dalam masa yang sama, sistem yang canggih yang tidak dijalankan oleh insan-insan yang mulia jantunghati mereka belum tentu terjamin hasilnya. Walaupun ada sistem dan proses yang ada sertifikasi ISO, ianya handaklah dijalankan secara efektif, perlu penilaian secara berkala, kena sentiasa ditambah baik.
Nada dari lembaga pengarah mestilah disambut oleh pengurusan dengan tala yang sesuai dan selari dengan hentakan kaki pelaksana. (Tone from the top, tune in the middle and the tap of the feet on the ground). Sekiranya kesemua ini tidak sekata, tentunya apa yang dihasratkan tidak akan tercapai dengan sempurna.
Pernigaan dan organisasi berurusan di dalam ekosistem yang luas. Jika ada elemen-elemen di dalam ekosistem yang kebal dari undang-undang dan peraturan, organisasi yang baik pun akan tertekan. Sebab itu undang-undang berkenaan pembiayaan parti politik yang diperjelaskan oleh Tan Sri Abu Kassim pada permulaan sesi amat penting untuk dilaksanakan.
Perbincangan petang ini telah dimoderatorkan oleh Nizam Ali yang banyak bertanya soalan yang panas-panas. Kena ligat otak untuk menjawab di hadapan hadirin yang faham tentang isu dan topik.
Bagus Pok Nik …….saya sokong sangat
LikeLike
Bersama kita tegakkan keadilan serta hapuskan rasuah……bukan dunia sahaja malahan akhirat dibakar kepala.
LikeLike