Apakah Gaya Pengurusan Anda

2r+aH51NTe+HHaGQKGNuqgKebanyakan usahawan memulakan perniagaan berdasarkan kepandaian yang mereka ada. Ada yang memulakan dengan menjual barangan orang lain, ada yang pandai membuat barangan atau memberi perkhidmatan mengikut kepakaran mereka dan ada yang melabur di dalam perniagaan yang sedia ada.

Bila perniagaan sudah berterusan sekian lama, mereka akan mula memahami bahawa menguruskan perniagaan memerlukan banyak lagi perkara diuruskan. Ini termasuk memilih pembekal, menguruskan perkerja di pelbagai peringkat, melayan pelanggan dan memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi.

Yang lebih utama ialah keperluan adanya orang yang sentiasa memandang ke hadapan, mencari peluang, mengurus risiko dan memerhatikan aktiviti-aktiviti utama dan membuat keputusan bila perlu bagi mempastikan pernigaan berada di atas landasan yang betul seperti yang telah dirancang.

Di sinilah usahawan perlu membezakan gaya pengurusan mereka, samada mereka berada ‘in the business’ atau ‘on the business’.

Seseorang yang menguruskan dengan gaya ‘in the business’ akan akhirnya lemas di dalam operasi harian seperti menguruskan belian, proses pembuatan, mencari pelanggan, menjual dan menguruskan pelbagai isu yang ditimbulkan oleh perkerja. Ini mungkin satu kebiasaan pada peringkat awal perniagaan dan usahawan akan berasa bahawa mereka telah melakukan yang terbaik. Cuba ada satu soalan, siapa yang memerhatikan arah tuju perniagaan?

Bagi yang mengurus dengan gaya ‘on the business’ pula, tumpuan mereka adalah untuk membina perniagaan sebagai satu institusi. Mereka cuba mencari dan meletakkan orang-orang yang layak dan berkemampuan untuk menguruskan perkara-perkara utama dan menumpukan perhatian untuk menetapkan strategi, mempastikan ahli pasukannya sentiasa berusaha ke arah matlamat yang sama, sentiasa awas kepada risiko yang mendatang dan akan menunjukkan jalan jika perlu.

Dengan gaya kedua, usahawan mempunyai lebih masa untuk bergaul dengan orang-orang yang boleh memberi peluang dan membina imej dan identiti perniagaannya. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna dia meninggalkan perniagaannya tanpa apa-apa panduan dan seliaan.

Sistem dan proses perlu diadakan dan sentiasa dipastikan berjalan, Ada indikator-indikator prestasi dan risiko yang sentiasa dilaporkan kepadanya oleh orang-orang yang dipercayai agar usahawan tersebut tidak terlepas pandang perkara-perkara yang besar.

Memang gaya pengurusan kita akan sentiasa berubah dengan berubahnya perniagaan kita. Walaupun kita bermula dengan kekuatan yang ada pada diri, kita kena berusaha untuk menginstitusikan perniagaan, agar ianya boleh berjalan tanpa kehadiran kita.

Ini tidak mudah tetapi memerlukan perancangan. Lebih cepat kita berusaha ke atas perniagaan lebih baik. Jika tidak kita akan terperangkap di dalam perniaggan, berasa letih dan tidak nampak bala yang bakal mencabar kita.

2 Comments

  1. YBhg Datuk Nik, bolehkah saya rumuskan ” in the business ” ini adalah ” micro manage ” dan ” on the business ” ini pula sebagai ” macro manage ” dalam sesebuah organisasi perniagaan?

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s