Di Mana Duduknya Kapten?

13254591_1805298336367808_2132273098003443173_nIni adalah feri pembawa pelancong yang amat besar. Apakah yang membolehkan feri sebesar ini boleh mengharungi lautan yang luas? Sudah tentu injinnya. Jika injin tidak berfungsi, tentulah feri yang besar dan canggih ini akan hanyut dibawa ombak.

Para penumpang juga perlu makan dan hiburan. Kebiasaannya feri sebegini mempunyai kemudahan berjamu yang besar, memerlukan pekerja yang ramai dan mesti diuruskan dengan efektif.

Siapa pula orang yang paling penting di dalam pengendalian feri seperti ini? Tentulah kapten atau nakhodanya. Tugas ini amat mustahak kerana beliau bertanggungjawab mempastikan penumpang dan barangan yang berada di dalam pelayaran sentiasa selamat dan feri sampai ke destinasinya di dalam masa yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, kepten tidak berada diruang injin, tempat yang terpenting yang kita bincangkan di atas. Beliau juga tidak berada didapur atau ruang makan.

Tempat kapten adalah di anjungan yang dilengkapi dengan peralatan untuk mengemudi kapal serta mempunyai kemudahan komunikasi dan maklumat penting seperti cuaca dan kedalaman laut. Dari sini, kaptendapat melihat jauh ke hadapan tanpa halangan.

Namun tidak salah bagi kapten untuk turun ke gelangang dan mendapatkan maklumat terus dari bilik injin, dapur atau restoran. Tapi, itu bukan tempat yang beliau harus menghabiskan masanya.

Prinsip yang sama juga digunapakai di dalam pengendalian perniagaan.

Usahawan yang bertanggungjawab untuk mengendali dan memajukan perniagaan tidak boleh menumpukan perhatian kepada satu aspek saja. Walaupun usahawan tersebut mahir di dalam pembuatan dan pengeluaran, aspek pemasaran dan pengurusan insan juga perlu perhatian. Perlu dicari pengurus bagi setiap aspek penting dan usahawan bertanggungjawb menyelia dan memimpin mereka serta mempastikan semuanya menuju ke arah yang sama.

Oleh itu, bila perniagaan mula membesar, jadilah seperti kapten atau nakhoda kapal. Usahawan perlu memimpin pasukannya untuk terus ke depan dan sentiasa mempastikan segenap aspek penting perniagaan sentiasa berjalan seperti yang dirancang.

Konsep ini diistilahkan sebagai “working ON the business”. Ia berlawanan dengan “working IN the business”. Seorang usahawan yang terbawa-bawa untuk berkerja DI DALAM perniagaan akan sentisa berada di ruang injin atau tempat lain dan tidak berada di anjungan, disiplin yang diamalkan oleh usahawan yang berkerja KE ATAS (atau membina) perniagaannya.

Cuba tanya diri anda, kaedah mana yang anda sedang amalkan sekarang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s