Elemen Strategi

Elemen strategi.002Jika kita tidak tahu ke mana halatuju perniagaan kita, kita tidak akan dapat menilai sejauh mana kita sudah maju atau masih jauh dari sasaran.

Di dalam masa yang sama, semakin membesar sesebuah perniagaan, semakin ramai orang yang diambil untuk menguruskan perniagaan tersebut. Masing-masing mungkin mempunyai idea masing-masing berkenaan apa yang patut mereka lakukan untuk memberi kejayaan kepada perniagaan. Jika ini tidak diuruskan dengan baik, semuanya akan bercelaru.

Pengurusan strategi adalah satu kaedah bagi mempastikan semua orang yang menjadi anggota pasukan kita berusha ke arah matlamat yang sama. Ini memerlukan supaya:

Misi atau mengapa perniagaan diwujudkan dijelaskan.

Visi atau ke mana perniagaan akan dibawa di dalam tempoh tertentu ditetapkan.

Bagi mecapai visi tersebut, beberapa objektif strategik dikenalpasti.

Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, beberapa pelan tidakan perlu dicari bagi setiap objektif.

Tanda aras prestasi bagi setiap pelan tindakan ditetapkan bagi menilai samada apa yang dicapai itu baik atau sabaliknya.

Risiko atau penghalang bagi pencapaian objektif strategik dikenalpasti pada awal lagi dan langkah-langkah kawalan diwujudkan.

Mengadakan unsur-unsur di atas tidak akan menjamin kejayaan sekiranya perniagan tidak dipimpin secara baik dan pelan tidakan tidak disusuli dengan pelaksanaan yang mantap. Ini memerlukan kerja berpasukan dan semangat persaudaran yang kukuh di antara ahli-ahli pasukan.

Banyak perniagaan yang mengabadikan strategi perniagaan mereka di dalam bentuk rajah-rajah yang berwarna-warni dan diabadikan di dinding pejabat, berhabuk tidak dirujuk atau dilaksanakan.

Unsur-unsur di atas juga perlu dikaji dari masa ke semasa selari dengan perubahan persekitaran ekonomi dan perniagaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s