Belajar Untuk Belajar

c9bccb02-5c02-4889-8a52-a206a1b00b3fIni merupakan satu perkara yang banyak kali disebut di dalam mesyuarat panel penasihat industri Universiti Utara Malaysia (UUM) minggu lepas. Saya hadir sebagai wakil industri walaupun saya juga merupakan salah seorang ahli lembaga UUM.

Oleh kerana dunia bergerak dengan cepat disebabkan teknologi, manusia yang dicari adalah manusia yang selesa dengan kompleksiti dan kecelaruan, berkerja dengan pelbagai jenis manusia dan berani meneroka perkara yang baru. Di dalam industri, cabaran yang dihadapi banyak yang tidak ada jawapan yang jelas dan perubahan berlaku dengan kadar yang cepat menyebabkan jangkahayat produk atau perkhidmatan menjadi semakin pendek. Ini juga menjadi cabaran kepada ilmu yang kita ada, lama mana ianya boleh bertahan?

Ada wakil industri yang berkongsi apa yang mereka sedang lakukan termasuk memperkenalkan pelbagai jenis kaedah kerja yang sebahagiannya tidak memerlukan “pekerja” di dalam bentuk yang ada sekarang. Malah, ilmu asas yang mereka tekankan kepada puluhan ribu pekerja mereka adalah berkenaan teknologi “asas” seperti blockchain!

Oleh itu, mempunyai keupayaan untuk belajar dengan cepat dan menyesuaikan diri dengan perkara baru menjadi penting. Belajar ni tak semestinya dengan cara traditional saja. Kena berupaya untuk belajar menerusi pelbagai sumber termasuk pemerhatian dan menceduk ilmu yang berlegar di alam siber.

Saya masih ingat kata-kata Cikgu Tuan Yusuf yang mengajar metamatik tambahan “pengkerbedaan ialah permainan dewa-dewa”. Beliau merujuk kepada keperluan kepada memahami konsep. Jika konsep dan prinsip sudah boleh dipegang, mengamalkan ilmu akan menjadi lebih mudah walaupun di dalam keadaan yang berubah-ubah.

Apa yang ditekankan minggu lepas ialah bertapa pentingnya universiti mengajar pelajar “belajar untuk belajar” atau “learning how to learn”. Sebab itu, bergantung kepada nota pensyarah tidak akan menjadikan seseorang pelajar mempunyai kemampuan untuk maju dengan lebih jauh. Memang hebat jika universiti boleh menjangka dengan lebih tepat bentuk masa depan namun apa yang lebih jelas ialah keperluan kepada menyediakan pelajar supaya lebih berani untuk menangani ketidak tentuan dan tidak mudah kalah bila berdepan dengan cabaran yang rumit.

Bayangkan ulamak-ulamak silam yang belajar di dalam suasana yang mana kertas pun susah untuk didapati. Mereka terpaksa mengingati ilmu dari guru dan di dalam masa yang sama membina keupayaan untuk mengaplikasi ilmu yang didapati di dalam kehidupan yang tidak terhad kepada apa yang mereka terima.

Kopipes tidak akan membawa kita ke mana-mana walaupun kita boleh mendapat markah yang tinggi dalam kelas dan syok sendiri saja. Cabaran yang sebenarnya ialah untuk mengamalkan ilmu di dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah.

Saya selalu mengingatkan pelajar-pelajar, di dalam kelas kita diberi masalah dan keajar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di alam yang nyata, perkara pertama yang kita kena putuskan ialah adalah kita menghadapi masalah dan apakah masalah itu? Jika kita silap di peringkat ini, apa yang sebenarnya yang kita dok selesaikan tu?

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s