Kuda Perang Di Era Digital

UNADJUSTEDNONRAW_thumb_51e2
Di dalam Al Quran ada ayat-ayat yang menggambarkan kehebatan kuda di dalam peperangan. Ada saranan supaya persediaan menghadapi peperangan dibuat termasuk menyediakan kuda perang.
 
Ini konteks ketika wahyu diturunkan.
 
Lebih 1,400 tahun kemudian, manusia masih lagi berperang. Cuma, kuda bukan lagi memberikan kekuatan utama. Latar sudah berubah. Kapalterbang, kereta kebal, peluru berpandu sudah menjadi senjata asas. Itu pun ikut di mana perangnya.
 
Di dalam pilihanraya Presiden Amerika 2016 Russia telah melobosi beberapa sistem komputer parti-parti politik dan menyebarkan maklumat untuk memberi kelebihan kepada calon pilihan Russia, Donald Trump. Kalau ikuti penyiasatan yang belum habis hingga ke hari ini, kita boleh belajar banyak perkara. Malah, peperangan elektronik ini bukan perkara baru.
 
Saya telah nyatakan sebelum ini, berbeza dengan zaman pertanian dan industri yang mana modal yang besar diperlukan untuk berjaya, zaman digital bergantung kepada kualiti otak dan kegigihan berusaha. Setiap dari kita Allah beri otak. Usaha itu pun dijana dari jantunghati yang ada matlamat dan mahu mencapainya. Kita tidak ada alasan untuk tidak turut berjaya di zaman digital ini.
 
Perhatikan sahaja Bill Gates dengan Microsoftnya. Di mana dia dan kawan-kawannya menghabiskan masa untuk membina perisian pertamanya? Di dalam setor kereta sahaja. Bila itu berlaku? 1975, 43 tahun yang lalu. Ketika ramai dari kita belum lahir lagi. Apa yang dia guna? Kepala otaknya. Bukan mulut untuk laung situ-sini.
 
Di zaman digital, perperangan siber bukannya hanya terhad kepada penjenayah-penjenayah yang bersembunyi di Internet Gelap (dark internet) yang mana jauh lebih luas berbanding dengan apa yang zahir kepada kita. Kita berdepan dengan “state actors” (ini istilah yang digunakan di dalam bidang ini) atau tentera rasmi sesebuah negara. Risiko sistem kehidupan kita seperti bank, bursa saham, sistem elektrik dan sebagainya diserang oleh tentera sebegini adalah tinggi. Kita perlu kuda perang yang bukan sahaja mempertahankan diri tapi manpu menyerang balas.
 
Kalau nak ikut Al Quran, nah ruangnya terbuka luas tetapi kena kerja kuat lah. Wujudkan kecemerlangan di dalam teknologi. Bahan asasnya kekuatan pemikiran, bukan kuatnya laungan suara. Sama semacam Rasulullah berhadapan dengan Quraisy. Baginda hadapi dengan penuh kepayahan, demi menyampaikan iman kepada kita. Hijrah ke Madinah untuk bina kekuatan, bukan melancong dan beryoya-yoya. Bila sampai giliran kita, apakah ketangkasan yang kita bina?
 
Mungkin ada yang kata kita dah ada “cyberwarriors”. Yang saya perhati, kehebatan puak-puak ni adalah mengutuk orang saja, menjentik emosi orang yang lemah daya pemikirannya dengan menggunakan maklumat-maklumat palsu.
 
Tapi cyberwarriors guna platfom seperti Facebook, Twitter dan Whatsapp milik siapa? Siapa tuan tanah? Guna teknologi sendiri atau tumpang tanah orang lain? Pasal apa tak boleh buat sendiri? Yang ciptakan semua ini hanya ada satu otak, hidung dan mulut serta 2 mata dan telinga seperti kita saja?
 
Agenda Yahudi? Eh, apa beza orang Yahudi dan kita? Bukankah saya dah bangkitkan, Bill Gates mulakan Microsoft di dalam setor kereta sahaja? Cerita seperti Gates ni berulang-ulang sehingga banyak buku-buku mengenainya. Kita baca dan syarah, tapi tak buat apa-apa. Yoya-yoya adalah.
 
Multimedia Super Corridor sudah diwujudkan puluhan tahun. Yang terbaharu ada MAGIC. Siapa yang berarak ke sana? Kita? Atau tunggu kontrak jatuh jadi langit. Tunggu hak istimewa?
 
Saya amat yakin zaman digital ni membuka peluang untuk semua manusia. Warna kulit atau peruntukan perlembagaan tak jamin apa-apa. Kuasa otak, sikap dan usaha adalah rahsia yang semua orang tahu. Tapi, susahlah bagi yang tidak mahu dan menakutkan bagi orang yang menjadi penting bila orang lain ditakut-takutkan.
 
Mana kuda perang digital kita? Yang sungguh-sungguh, bukan jadi-jadian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s