Berani Berfikir dan Berbuat Apa Yang Benar

Itulah pesan saya kepada pelajar-pelajar MBA dari Putra Business School bagi tadi.

Saya telah dijemput untuk membincangkan topik-topik berkenaan pengurusan. Saya memilih tajuk mengenai kecemerlangan kepimpinan di dalam tadbirurus. Berdasarkan banyak kes-kes kecurangan korporat, walaupun ada sistem dan proses yang baik, kegagalan individu untuk berbuat apa yang betul merupakan faktor yang menyebabkan banyak institusi rugi hingga mencecah nilai berbilion Ringgit.

Peranan pengarah di dalam tadbirurus adalah penting. Mereka bukannya hanya perlu menghadiri mesyuarat 4 kali setahun dan memunggut bayaran. Pengarah kena ambil tanggungjawab untuk meletakkan barisan pengurusan yang mantap, mempastikan strategi yang digunapakai mengambilkira perubahan di dalam pasaran dan menetapkan nada dari atas berkenaan integriti dan nili. Kalau pengarah tidak faham industri dan tidak mahu mengambil tahu, memang mereka tak layak untuk menduduki mereka lah.

Ada pelajar bertanya berkenaan bagaimana industri perbankan dan perladangan kelapa sawit menangani cabaran seperti perubahan teknologi dan lobi dari pencinta alam sekitar. Saya menyatakan bahawa tidak ada perniagaan yang boleh duduk diam dan berpuashati dengan pencapaian masa lalu. Masalahnya ialah sejauh mana kita mahu mencabar diri sendiri dan menambah nilai dengan apa yang kita ada.

Saya mengingatkan para pelajar supaya sentiasa menjadi cemerlang di dalam apa saja yang mereka lakukan. Ini membolehkan kita mempunyai banyak pilihan di dalam kerjaya dan kehidupan. Bila kita menghadapi tentangan bila mahu berbuat yang baik, kita boleh mencari peluang di tempat lain kerana insan yang cemerlang dan berintegriti amat dicari-cari di pasaran sekarang.

Jadi pengarah pun sama. Jika mahu betul-betul bebas kena bersedia untuk disuruh berhenti. Sebab itu, bila pengarah bebas mula bergantung kepada bayaran pengarah, kebebasannya hilanh.

Terima kasih kepada saudara Razman yang telah menjemput saya. Memang kumpulan ini datang dari pelbagai negara dan mereka tidak menghampakan saya dengan bertanya banyak soalan-soalan yang berkualiti. Satu perkara penting di dalam kepimpinan ialah keupayaan bertanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s