Saya masuk sekolah niaga yang salah

Mana-mana orang yang datang bincang pasal perniagaan  saya akan nampak reaksi saya bila rancangan perniagaannya pada asasnya bergantung kepada jualan kepada kerajaan atau bantuan kewangan dari kerajaan. Muka saya akan mula nampak boring dan saya hanya angguk-angguk sehingga habis perbualan.

Saya dibesarkan oleh Atok, seorang yang hidupnya bergantung kepada usaha sendiri. Dia pernah membawa barangan hutan dari hulu Kelantan ke Kota Bharu dengan rakit. Pernah ada kedai jahit, kedai emas dan kedai jam. Berpakat dengan kawan-kawan.

Ada bisik-bisik kata dia adalah tukang jaga duit PAS pertama di Kelantan. Boss dia Che Omar, dibantu oleh Pak Cu. Semuanya orang Pasir Mas. Atok ada bagi tahu saya, semasa Asri Muda mahu membawa PAS ke Kelantan, dia yang bayarkan tambang perahu untuk ke sana ke mari.

Atok sempat bertemu dengan Tok Kenali. Atok bagi tahu, pernah ada orang minta Tok Kenali doakan untuk mereka. Tok Kenali tanya “mung baloh (bergaduh) dengan Tuhan ke?”

Walaupun ayah saya seorang guru, otak dia otak orang berniaga. Pernah ada kedai hardware dan kedai roti. Di awal tahu 70an dia dah mulakan usaha menjual air bertapis, di Kelantan. Dia berhenti kerja tanpa layak dapat pencen untuk buka kilang mengeluar jubin granite, semasa belum ada satu pun kita seumpama itu di Malaysia. Saya tidak malu nak kongsikan kebanyakan usahanya tidak begitu berjaya.

Bila belajar di Australia, lagilah. Kerajaan ni bagi mereka dah jadi macam baju. Bila perlu, tukar. Dalam masa 10 tahun kebelakang ni, dah berapa kali Perdana Menteri Australia bertukar? Mentaliti mereka, nak apa-apa kena usaha sendirilah walaupun mereka bukan orang yang paling rajin berkerja.

Semenjak tahun 1987 hingga sekarang saya berurusan dengan orang berniaga. Dulu sebagai akauntan di firma orang lain, di Perth dan Kuala Lumpur. Kemudian buka firma audit sendiri di awal 90an sehingga saya jual di pertengahan tahun 2000. Lepas tu kawal selia orang yang berniaga dan kini menjadi pengarah di beberapa organisasi yang berniaga dan bersabit dengan orang berniaga.

Mungkin di sebabkan pemerhatian di sepanjang pengalaman di atas lah saya berkeyakinan usaha sendiri dengan melalui kesusahan berniaga merupakan formula yang tidak boleh diganti jika mahu berniaga. Kalau ada pihak yang nak bantu, itu bonus. Jika mula dengan harapan modal disediakan, pasaran dicari orang, kalau produk tak laku nak kerajaan belikan, saya nasihatkan “jangan habiskan beras”. Baik cari kerja dengan gaji tetap.

Yang saya takut, semakin ramai orang yang berfikiran sebegini. Media sosial telah memudahkan orang untuk mempromosi perniagaan, berniaga dengan kos awal yang rendah dan boleh gagal berkali-kali sebelum berjumla formula yang berjaya. Ramai yang dah menjadi peniaga besar. Ada yang kekal, ada juga yang kepala jadi besar sehingga badan tak mampu tanggung dan tersungkur. Ini adat perniagaan.

Kalau nak masuk gelanggang, kena ikut aturan. Tak boleh nak bersilat tapi nak berselindung di sebalik pengadil. Tu baik bertinju macam P. Ramlee. Duduk di sudut masing-masing dan tumbuk angin sampai semput.

Oleh itu saya nak bagi amaran, tulisan saya adalah berdasarkan prinsip yang saya kutip melalui pengalaman seperti berikut:

Berniaga perlu usaha yang gigih

Tak boleh dapatkan peluang melalui rasuah dan kaedah haram yang lain

Tak salahkan bangsa dan kaum lain, kalau boleh berkawan dan jadi geng, mengapa tidak? Ni zaman global, otak pun kena global juga

Kena timba ilmu mengurus, mentadbir dan memimpin perniagaan (sikit-sikit, lama-lama jadi bukit)

Jangan berharap kepada bantuan kerajaan dan orang politik, kalau ditawarkan dan dapat, jangan pula tolak

Sebagai insan kena berdoa dan bertakawal, setelah berusaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s