Siapakah “Pembeli” Produk Anda?

LVONyXrXTXCqe7UMcf+lEgPernahkah anda perhatikan iklan makanan segera? Siapa biasanya muncul di dalam iklan-iklan tersebut?

Biasanya ada anak-anak dan ibubapa mereka. Mengapa agaknya iklan-iklan itu sedemikian? Cuba kita perhatikan pula macamana makanan segera dibeli. Kemungkinan besar anak-anak yang lapar akan memberitahu ibubapa mereka mereka mahu makan X atau Y. Anak-anak yang memilih apa yang mahu dimakan dan ibubapa terpaksa ikut makan sama dan menjadi pembayar.

Memahami proses pembelian akan membantu kita merangka strategi pemasaran dan penjualan. Syarikat, barangan atau jenama kita mesti popular kepada orang-orang yang terlibat di dalam proses ini bagi meningkatkan kebarangkalian barangan kita dibeli.
Tidak kesemua proses pembelian semudah menjual makanan segera.

Proses pembelian aset ketenteraan seperti jet pejuang dan kapal selam memakan masa yang lama, ada yang melebihi sepuluh tahun. Sebab itu tidak ada syarikat yang menjual alatan ketenteraan mengiklankan barangan mereka di televisyen. Barangan seperti ini biasanya dipamirkan di pesta dagangan yang khusus seperti LIMA di Langkawi. Ketua-ketua tentera, pegawai kementerian-kementerian pertahanan dan kewangan dijemput di samping menteri-menteri yang berkenaan.

Bagi kelengkapan hospital pula, antara pembelinya ialah doktor yang menggunakan peralatan tersebut. Komen mereka berkenaan mutu alatan serta perkhidmatan selepas jualan akan mempengaruhi pembelian seterusnya. Walaupun pembelian dan bayaran dibuat melalui proses kementerian kewangan, sebagai pengguna, doktor-doktor adalah pembeli yang berpengaruh.

Jadi adalah mustahak bagi suatu perushaan untuk mengkaji dengan terperinci siapa yang sebenarnya ‘membeli’ barangan atau perkhidmatan mereka. Selepas ini dikenalpasti, barulah strategi pemasaran dan jualan dirangka agar orang-orang yang membuat keputusan samada anda menjadi pilihan benar-benar mengenali anda dan maklum apa yang anda tawarkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s