Bila Integriti Diperkecilkan

Saya belajar konsep tuas di Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu. Ianya berkenaan menggunakan tenaga yang kecil untuk mengangkat beban yang berat kerana ada tuas yang menanggung beban yang berat itu. Jongkang jongkit adalah satu contoh penggunaan konsep tuas ini.

Di dalam pentadbiran dan pengurusan, bagi saya lah, integriti adalah tuasnya. Integriti ini tidak boleh ditimbang kati macam besi atau gula, ianya hanya dirasai bila ianya hilang sebab jika peminpin sebuah perniagaan atau institusi yang besar tiada integriti, jutaan duit boleh hilang, ketidak adilan boleh berlaku dan puak-puak yang dekat dengannya mudah mendapat kesenangan. Orang lain yang lebih layak dan mampu diketepikan saja.

Integriti ni pun bukan berguna untuk menjaga duit sahaja. Ianya digunapakai di dalam kesemua perkara yang membabitkan pelaksanaan amanah. Jaga hutan pun memerlukan integriti. Apa tidaknya, sebanyak mana hutan yang mahu dikekalkan dan sebanyak mana mahu dikomesilkan perlu diputuskan berdasarkan prinsip yang jelas dan memberi kebaikan kepada seramai mungkin manusia. Bukan hanya berkir-kira banyak mana duit yang akan didapati untuk urusan kumpulan orang yang ada kuasa. Jika tidak, polisi atau keputusan boleh dipengaruhi oleh tokey-tokey yang mencari keuntungan. Segala alasan boleh diberikan untuk menampakkan keputusan polisi yang fasad nampak macam baik.

Bila saya dengar syarahan berkenaan 10 Sahabat Nabi yang dijamin syurga, setiap satunya mempunyai integriti yang tinggi bila mereka menjalankan amanah. Memang iman mereka menjadikan mereka orang-orang yang beramanah bila diberi tanggungjawab dan tidak menyalahunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Malah mereka cuba mengelakkan diri dari diberi jawatan.

Contoh Sahabat yang amat tinggi integritinya ialah Abu Ubaidah yang menjadi gabenor di Syam selepas ditawan oleh orang Islam. Orang Rom meninggalkan istana yang besar-besar dengan binaan yang menkagumkan, seperti yang boleh kita lihat sehingga ke hari ini. Namun, Abu Ubaidah tidak tinggal di situ sebagai gabenor tetapi memilih untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang amat kecil yang diperbuat dari tanah. Dia memilih untuk hidup mudah di kala menanggung jawatan yang besar. Khalifah Umar Al Khattab telah berkata “Dunia telah mengubah semua dari kita tetapi tidak menubahmu, wahai Abu Ubaidah”.

Di dalam keadaan yang lain pula, banyak juga negara-negara bukan Islam yang mana institusi dan organisasi mereka ditadbir dengan penuh integriti, lebih hebat berbanding dengan tahap tadbirurus institusi di negara orang Islam dan ditadbir oleh umat Islam. Jadi, di dalam zaman ini, saya akan lebih berhati-hati untuk mensabitkan integriti dengan agama. Ianya lebih hampir kepada sifat kemanusiaan seperti berasa sayang sesama insan atau menyanyangi binatang dan alam sekitar, berdasarkan nilai kemanusiaan yang diyakini dan dilaksanakan di dalam kehidupan.

Memanglah sebagai orang Islam, kita yakin iman itu akan membezakan ke mana insan akan berakhir, syurga atau neraka. Namun, di dalam konteks pentadbiran dan pengurusan di dunia ini, jangan kita meremehkan konsep ini sehingga seolah-olah kita saja yang tinggi integritinya. 

Perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan ni bersifat amalan, bukan hanya setakat syarah-syarah sahaja. Kita perhatikanlah apa yang dibuat oleh orang yang bersyarah tu bila dia perlu bertindak berdasarkan integriti. Pilih apa yang sahih atau keputusan dibuat untuk kepentingan diri dan puak? Kita kena bezakan di antara retorik dan praktis.

Janganlah hanya kerana integriti tidak boleh diserlahkan bila kita diberi peluang untuk mentadbir dan mengurus , kita pula yang memperkecilkan nilai yang penting ini dan menjadikan ianya satu nilai yang asing yang sanggup kita korbankan.

والله أعلم

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s