Tadbirurus Di Dalam Masyarakat Moden

3cf05c00-e4d1-45ad-babd-007f1a3d68b5Isnin lepas saya diberi peluang untuk kongsikan pandangan saya berkenaan tadbirurus di Masjid Al Iman. Setiap sebulan sekali masjid ini menjemput orang-orang profesional untuk berkongsi pandangan dan maklumat berkenaan profesion nmasing-masing. Sebelum ini ada seorang doktor pakar yang memberi panduan berkenaan penjagaan kesihatan.

Di dalam sesi saya ini, saya sebutkan:

Kita hidup bermasyarakat dan bergantung kepada banyak organisasi dan institusi untuk menguruskan kehidupan kita seperti bekalan elektrik, air, keselamatan dan sebagainya.

Jika organisasi dan institusi yang berkaitan dengan hidup kita tidak diurus dan ditadbir dengan baik, kehidupan kita akan terkesan seperti bekalan air terputus, kos perkhidmatan yang tinggi dan dasar-dasar yang dibuat tidak membantu kesemua ahli masyarakat dan orang yang zalim berani berbuat kezaliman secara terbuka.

Kerajaan hanyalah satu struktur dari kumpulan manusia yang diberi amanah oleh rakyat untuk menguruskan harta dan sumber untuk kebaikan kita sebagai rakyat. Sumber kewangan kerajaan adalah cukai, jualan harta dan pinjaman. Lagi besar kos pembangunan dan pengurusan lagi banyak cukai yang perlu dikutip. Kita semua adalah pembayar cukai samada cukai pendapatan atau cukai tidak lansung seperti SST. Jadi, kitalah yang biayai kerajaan.

Jika kerajaan berhutang, ia kena bayar kos hutang. Katakan jumlah hutang RM 100 bilion, kosnya lebihkurang RM 4 bilion. Banyak benda yang boleh dibuat dengan RM 4 bilion tu. Itu juga jumlah yang tidak boleh dibelanjakan untuk rakyat. Sebab tu kerajaan perlu ditadbir dan diurus secara berhemah.

Pengurusan adalah perkara yang berkaitan dengan menjalankan aktiviti utama organisasi seperti strategi, operasi, pengurusan insan, pemasaran, kewangan dan pematuhan undang-undang.

Pentadbiran pula adalah kawalselia ke atas pengurusan yang meliputi amanah yang dipegang oleh lembaga pengarah (atau jawatan yang seumpamanya), sistem dan proses, pengurusan risiko, kawalan dalaman, jaminan dan budaya.

Macamana canggih sistem pentadbiran dan pengurusan yang dilaksanakan, kualiti dan hasilnya bergantung kepada insan-insan yang terlibat dan apa yang ada di dalam jantunghati mereka. Jika jernih, baiklah natijahnya, jika keruh, banyak kefasadan boleh berlaku dan ditanggung oleh masyarakat yang terkait dengan organisasi yang ditadbir itu.

Banyak masalah tadbirurus yang berlaku bukan kerana orang yang mentadbir tidak mahir atau tidak mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi tetapi kerana mereka tidak berani melakukan apa yang benar pada ketika yang sepatutnya. Beramanah ada risikonya seperti tidak naik pangkat atau diketepikan. Ini sebabnya ramai yang ikut atau memandang ke arah yang lain dan buat-buat tidak nampak kefasadan yang berlaku. OLeh itu, keberanian menghadapi risiko dari berbuat baik perlu ada di dalam jantunghati orang yang kita mahu pilih untuk diberi amanah dan tanggungjawab.

Hanya dengan ingat kepada hisab di Hari Kiamat barulah kita akan lebih berhati-hati di dalam mentadbir dan mengurus. Jika kita tak takut atau tak malu untuk berhadapan dengan Allah sebagai seorang yang tidak beramanah dan menyalahgunakan kuasa, memang buruklah tadbirurusnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s