ESG dan Rahmah

Khamis lalu BIMB Investment Management Berhad (anak syarikat Bank Islam di dalam kumpulan Tabung Haji) telah menganjurkan Syarahan ESG 2019 dengan menjemput Georg Kell, Pengerusi Arabesque, sebagai penceramah undangan. Georg Kell adalah bekas Pengarah Eksekutif United Nations Global Compact, sebuah badan bukan kerajaan yang mempelopori konsep Environment, Social, Governance (ESG) yang menjadi fokus kepada pelbagai syarikat global ketika ini.

Tajuk syarahan Georg ialah “Sustainability and Financial Rewards” atau “Kelestarian dan Pulangan Kewangan”.

P7yqabZbTFq53LXqQiveug

Georg berkongsi pemerhatian beliau berkenaan bagaimana nilai-nilai kemanusiaan dan pasaran kewangan bergabung bagi menjadikan perniagaan lebih berdaya maju. Ini adalah kerana perniagaan wujud di dalam alam nyata, menggunakan sumber asli dan gelagat mereka akan memberi kesan bukan sahaja kepada pelanggan tetapi masyarakat sekeliling yang tersentuh dengan operasinya.

Contoh yang mudah yang diberikan ialah air bersih dan udara nyaman, dua hak asasi manusia yang didapati secara percuma di satu ketika tetapi kini terjejas disebabkan operasi dan gelagat perniagaan yang hanya berfokuskan keuntungan sahaja. Namun dia nampak perubahan di kalangan generasi muda yang menzahirkan nilai yang mereka percaya di dalam berurusan dengan perniagaan besar-besar yang banyak mempengaruhi kelestarian alam dan masyarakat. Golongan muda ini akan mengabaikan produk dari syarikat yang tidak memperdulikan nilai kemanusiaan dan ini memberi kesan ekonomi ke atas perniagaan mereka.

fullsizeoutput_9ef7

Banyak perubahan yang disebutkan oleh Georg dipacu oleh perubahan teknologi yang mengubah cara perniagaan diuruskan dan juga membolehkan pelanggan dan pemegang taruh yang lain berinteraksi dengan perniagaan tersebut. Kesan ke atas alam sekitar yang dirasai oleh penduduk dunia secara lebih lansung sekarang meningkatkan lagi tekanan ke atas perniagaan. Masyarakat yang terkesan dengan gelagat perniagaan juga kini lebih mudah untuk menyerlahkan pendirian mereka terutamanya melalui media sosial. Bagaimana perniagaan memberi reaksi dan membuat keputusan banyak bergantung kepada kualiti tadbirurus dan nilai-nilai yang ada di dalam jantunghati pentadbir dan pengurus mereka. Kesemua ini menyebabkan pasaran kewangan tidak boleh lagi mengabaikan nilai kemanusiaan dan mula mengambilkira ESG di dalam menilai perniagaan dan membuat keputusan pelaburan.

fullsizeoutput_9efc

Apa yang berlaku sekarang menjelaskan kesaling hubungan di antara perniagaan, kewangan, polisi kerajaan dan pengguna serta rakyat. Kesemua interaksi ini berlaku di dalam satu-satunya alam yang kita ada. Oleh itu perniagaan yang mahu terus berdayamaju tidak boleh mengabaikan kesan gelagatnya ke atas perkara-perkara di atas. Mana-mana perniagaan yang mempamirkan keikhlasan mereka terhadap ESG sudah menunjukkan prestasi kewangan dan penilaian yang baik berbanding dengan perniagaan yang belum berbuat demikian.

Di sinilah saya nampak peluang bagi orang Islam yang yakin dengan rahmat yang dibawa oleh agamanya berpeluang untuk menyerlahkan nilai-nilai tersebut di dalam menyelesaikan isu pertembungan di antara kebendaan dan kemanusiaan. Jika di dalam masyarakat dunia ini pun sudah nampak tanda-tanda mereka mencari-cari nilai yang mereka mahu jadikan tapak, kita kena bangun dan mempamirkan kemampuan kita untuk menghidupkan nilai-nilai dari kepercayaan kita di dalam cara kita menguruskan amanah yang kita tanggung.

“We must walk the talk”.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s