Kedudukan, Amanah, Menjaga dan Ilmu

Ibrah ini disampaikan oleh Imam Masjid Negara di dalam perhimpunan agensi agama semalam. Amat menarik bagi saya.

Izinkan saya sampaikan tadabbur ringkas pagi ini dengan memetik empat sifat dari ayat ke 54 dan 55 Surah Yusuf.

Raja bertitah kepada Nabi Yusuf. “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami”
‎قالَ إِنَّكَ اليَومَ لَدَينا مَكينٌ أَمينٌ

Kerana kedudukan dan kepercayaan itu Nabi Yusuf menyatakan “sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”
‎إِنّي حَفيظٌ عَليمٌ

Mari kita tauladani bersama tentang empat sifat ini.

  1. Kedudukan tertinggi مَكينٌ selalunya diberikan kepada orang yang dipercayai أَمينٌ
  2. Orang yang pandai menjaga حَفيظٌ akan mempunyai pengetahuan عَليمٌ tentang apa yang dia jaga.
  3. Mereka yang diberi peluang berada di kedudukan yang tinggi مَكينٌ seharusnya tidak hanya memikirkan bagaimana untuk mengekalkan posisi, sebaliknya dia perlu berusaha untuk menjaga حَفيظٌ apa yang ada dibawah kekuasaannya. Jaga organisasi, jaga kakitangan, jaga agama, jaga masyarakat dan jaga negara.
  4. Kepercayaan أَمينٌ yang diberikan oleh organisasi kepada kita adalah kerana mereka meyakini bahawa kita tahu عَليمٌ dan berkemampuan.
  5. Memiliki kedudukan yang tinggi مَكينٌ seharusnya bergandingan dengan sikap ingin tahu عَليمٌ dan ambil tahu tentang apa yang berlaku di bawah.
  6. Menjadi tanggungjawab kepada orang yang dipercayai أَمينٌ untuk memelihara حَفيظٌ perkara-perkara sulit dan rahsia di dalam organisasi. Tambahan pula, bila orang dah percaya, maka jagalah kepercayaan itu. Jangan pecah amanah.
  7. Akhirnya, sebagai penjawat awam kita semua telah dan sedang menikmati kedudukan dan diberi kepercayaan مَكينٌ أَمينٌ.
  8. Tinggal lagi, perkasakan حَفيظٌ عَليمٌ Sungguh sungguh ingin menjaga amanah yang diberi, tambahi ilmu di dada serta ambil tahu apa yang kita jaga dan pelihara.
  9. Demikian secebis tadabbur empat sifat dari ayat 54 dan 55 Surah Yusuf sebagai tauladan kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s