Hari Lahir Yang Bersejarah

mga6VH81Sym0j7%WDeC2YwHari lahir kita tidak berubah. Namun apa yang berlaku pada ulangtahun hari lahir kita setiap tahun boleh juga menjadikan tarikh berkenaan lebih bermakna.

Pilihanraya umum ke 14 diadakan pada 9 Mei 2018, hari ulangtahun kelahiran saya ke 53. Sebagai rakyat Malaysia, saya dan keluarga telah melaksanakan tanggungjawab kami dengan penuh harapan. Ada yang mengundi di Gombak, ada di Wangsa Maju dan ada di Kajang.

Apa yang saya mahu sebagai hadiah ulangtahun kali ini memang jelas. Saya mahu Malaysia ditadbir oleh orang yang jujur, amanah, berkemampuan dan meletakkan kepentingan, kesejahteraan dan perpaduan rakyat di atas kepentingan diri, keluarga dan puak-puak mereka saja. Saya juga berharap pentadbiran Malaysia menjunjung keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Bila keputusan pilihanraya mula diketahui, mula nampak corak bahawa keputusannya mungkin berbeza dengan biasa. Akhirnya, pada jam kira-kira 4.30 pagi 10 Mei, barulah Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan keputusan bagi Dewan Rakyat yang mana Pakatan Harapan mendapat majoriti mudah di Parlimen.

Tumpuan kemudiannya tertumpu kepada perlantikan Perdana Menteri yang mengambil masa agak lewat kerana beberapa isu teknikal. Akhirnya, lebihkurang jam 10 malam, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Bagi pengundi yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh wakil-wakil yang baru, ini adalah satu titik yang amat bermakna. Tentunya apa yang dijanjikan oleh pihak yang menang tidak akan dilaksanakan di dalam jangkamasa yang pendek kerana ada banyak perkara-perkara besar yang memerlukan perubahan struktur. Walau bagaimana pun, tentunya ada janji-janji yang boleh dilaksanakan dengan cepat seperti Janji 100 hari Pakatan Harapan. Rakyat akan menagih janji ini.

Di dalam masa yang sama, negara ini bukannya bergantung kepada siapa yang mentadbir semata-mata. Rakyat Malaysia juga mempunyai peranan dan bertanggungjawab untuk menyumbang ke arah menjadikan Malaysia yang lebih cemerlang. Kita kena banyak memberi dan jangan hanya menadah tangan dan mahu menerima saja.

Walaupun tidak dirancang, ulang tahun kelahiran saya tahun ini amat bermakna dan bersejarah kerana ada perubahan kerajaan persekutuan. Ke mana arah tuju Malaysia selepas ini akan kita tentukan bersama dengan peranan dan sumbangan masing-masing.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s