Pematuhan Undang-Undang Berkenaan Pekerja

fullsizeoutput_8f78Selain menjadi sumber untuk menjana aktiviti perniagaan dan meningkatkan nilai perniagaan, pekerja juga mempunyai hak-hak yang diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah penting undang-undang berkenaan dipatuhi untuk mengelakkan tindakan diambil oleh agensi-agensi yang berkaitan. Dendanya juga tinggi dan para pengarah yang berkaitan boleh dihalang dari meninggalkan Malaysia.

Di antara undang-undang dan peraturan yang berkenaan adalah:

Akta Perkerja – memberi perlindungan kepada perkerja termasuk menjelaskan hak-hak mereka seperti bentuk kontrak, cuti dan manfaat lain.

Pekerja mempunyai hak untuk membawa mana-mana kes pemberhentian mereka ke Jabatan Perhubungan Perushaan yang boleh merujuk kes tersebut ke Mahkamah Perindustrian

Akta Keselamatan Perkerja mengkehendaki majikan mempunyai polisi berkenaan keselamatan dan kesihatan perkerja dan hendaklah melaksanakan tindakan yang sewajarnya

Arahan Gaji Minima 2016 menetapkan gaji minima di Semenanjung adalah RM 1,000 dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

Umur persaraan wajib bagi sektor swasta adalah 60 tahun.

Sumbangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah wajib. Pekerja wajib menyumbang 11% dari gaji setiap bulan (boleh pilih untuk kurangkan ke 8% sehingga Didember tahun ini) manakala majikan wajib menyumbang 13% atau 12% bergantung kepada gaji pekerja.

Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial adalah wajib kepada perkerja bergaji RM 4,000 ke bawah. Carumannya adalah 1.75% bagi majikan dan 0.5% bagi pekerja.

Bagi majikan yang memenuhi syarat, caruman kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia adalah wajib. Sumbangan ini adalah di antara 0.5% hingga 1% dari gaji, bergantung kepada bilangan pekerja dan saiz modal syarikat.

Adalah dinasihatkan supaya jadual pematuhan bulanan diadakan dan pegawai yang bertanggungjawab untuk mempastikan pematuhan dikenalpasti. Setiap bulan pegawai berkenaan perlu memaklumkan kepada CEO tentang status pematuhan atau kegagalan untuk mematuhi kehandak undang-undang dan peraturan di atas. Ini bertujuan supaya pihak pengurusan atau lembaga pengarah dimaklumi dan boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s