Penilaian Prestasi Bagi Agensi Bukan Untuk Keuntungan

Semalam saya dijemput untuk berkongsi pandangan berkenaan tadbirurus di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuala Lumpur. Ianya dihadiri oleh beberapa orang ahli lembaga, pengurusan kanan, ahli jawatankuasa pelaburan dan kakitangan agensi berkenaan.

Seperti biasa saya membincangkan tentang konsep tadbirurus korporat, sejarahnya di Malaysia dan bagaimana ianya boleh digunapakai oleh institusi di sektor awam. Di antara apa yang saya tekankan ialah tentang kematangan amalan tadbirurus korporat di kalangan syarikat tersenarai, berbanding dengan suasana bila ianya pertama kali diperkenalkan pada tahun 2000, selepas Malaysia mengalami krisis kewangan yang bermula pada tahun 1997.

Tiga perkara utama yang difokuskan di dalam kod tadbirurus korporat terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada tahun 2016 adalah:

  • Keberkesanan lembaga pengarah
  • Keberkesanan audit dan pengurusan risiko
  • Keberkesanan komunikasi di antara syarikat dan pihak-pihak berkempentingan

Perkara-perkara sedemikian juga penting bagi institusi awam seperti LPPKN yang ditubuhkan bukan untuk membuat keuntungan. Malah, pencapaian objektif LPPKN di dalam memperbanyakkan keluarga bahagia yang mengamalkan nilai-nilai murni dikira amat kritikal di dalam suasana negara di ketika ini.

Objektif penubuhan LPPKN sukar dicapai jika lembagannya tidak efektif di dalam menguruskan perkara-perkara berbentuk strategik, memgurus risiko dan mempasrikan dana dan kewangannya diurus dengan baik. Di dalam masa yang sama, kesemua sistem semakan dan pengimbangan (check and balance) seperti audit mestilah berfingsi dengan berkesan.

Satu perkara yang kritikal ialah bagaimana LPPKN menilai prestasinya dan berkomunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan seperti rakyat, agensi-agensi lain dan juga kerajaan. Ini memerlukan proses yang utuh dan jujur serta maklumat yang perlu sampai dan difahami oleh pihak ketiga berkenaan.

Saya juga mengingatkan LPPKN agar tidak memandang kecil peranan mereka walaupun mereka tidak boleh mempamirkan keuntungan atau nilai kewangan yang besar seperti beberapa agensi lain. Pengukuhan institusi keluarga dan penanaman nilai-nilai mulia seperti integriti haruslah menjadi misi mereka jika kita mahu menjadikan masyarakat Malaysia lebih bertamadun. Yang menjadi cabaran ialah membentuk ukuran yang bersesuaian dan mudah dinilai dan difahami.

Terdapat beberapa soalan yang menarik yang dikemukan oleh hadirin di sepanjang pembentangan saya.

Program seperti ini amat mustahak bagi memperkukuhkan kefahaman berkenaan tadbirurus, khususnya bagi institusi-institusi awam yang memainkan peranan penting di dalam mempastikan pembangunan negara dikecapi oleh seramai mungkin rakyat dan juga melahirkan keluarga yang bahagia dan cemerlang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s