Bicara Integriti di Alor Setar

Saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam satu forum sempena dengan amanat Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir kepada penjawat awam Kedah untuk kali pertama sebagai Menteri Besar. Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Integriti dan Tadbirurus Negeri Kedah dan Institut Integriti Malaysia.

Ahli-ahli panel lain ialah Tan Sri Ambrin Buang, bekas Ketua Audit Negara, dan Tan Sri Zabidi, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Di dalam amanatnya Dato Seri Mukhriz mengingatkan hadirin bahawa selaku Menteri Besar beliau akan disoal oleh Allah di Akhirat tentang pentadbirannya. Beliau menyebut tentang kata-kata Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar ketika mereka dilantik menjadi Khalifah. Mereka sanggup diperbetulkan oleh para Sahabat jika ada kesilapan di dalam pemerintahan masing-masing.

Tan Sri Ambrin berkongsi pengalaman beliau ketika menjawat jawatannya. Penjawat awam tidak perlu menunggu ditegur oleh pihak audit untuk memperbetulkan dan meningkatkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat. Tan Sri Zabidi pula mengingatkan penjawat awam berkenaan ikrar mereka untuk setia berkhidmat kepada masyarakat dan tidak meletakkan kepentingan diri sendiri di atas kepentingan rakyat.

Saya mengingatkan hadirin bahawa tadbirurus yang baik adalah tradisi Islam seperti yang disebut oleh Menteri Besar. Di dalam melaksanakan tugas kita, kita mungkin mengambil hak orang lain secara kita tidak sedar dan tidak juga disedari oleh mereka. Sekira Menteri Besar membuat keputusan yang salah disebabkan maklumat yang salah dari penjawat awam, mereka tidak boleh berlepas tangan.

Kod tadbirurus korporat diperkenalkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam tahun 2000 walaupun banyak undang-undang yang berkaitan dengan syarikat dan perniagaan diwujudkan lebih awal dari itu. Ini menunjukkan undang-undang ada batasannya. Perlu ada petunjuk, di dalam bentuk kod tadbirurus, untuk cuba mengelakkan keburukan dari berlaku dan tidak tertumpu kepada tindakan mahkamah saja.

Selepas Bicara Integriti ini tamat, Menteri Besar, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan kakitangan kanan kerajaan negeri berikrar untuk bertuhas dengan penuh integriti.

Selepas majlis ini kami berkesempatan untuk bertemu muka dengan Menteri Besar di pejabatnya.

Semoga usaha ini akan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan Kedah demi kebahagian rakyatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s