Bila Lebah Datang Menumpang

jozN9Z9kQAGagneyZvipPA

Saya tinggal di kawasan yang hampir dengan hutan. Jika rajin memanjat bukit, dalam masa tak lebih satu jam sudah boleh berada di puncak Bukit Tabur, dapat menikmati pemandangan sekitar takungan air Klang Gate dan Banjaran Titiwangsa.

Saya tidak tahu dari mana asal usul kebanyakan orang di kejiranan ini tapi mereka dikurniakan Allah dengan rezeki yang baik, hidup agak selesa. Mungkin sudah lama tidak berasa susah.

Bila sekumpulan lebah singgah di sebatang pokok di kejiranan ini, tentunya ia merupakan satu yang agak membimbangkan. Mungkin lebah ini akan menyerang anak-anak yang bermain. Satu yang mungkin membahayakan nyawa. Secara semulajadi, tindakan yang diambil ialah mahu menghilangkan ancaman ini.

Ada rakan di Facebook yang memberi pandangan bahawa kedatangan lebah-lebah berkenaan membawa tanda bahawa kawasan ini masih hidup alam semula jadinya. Saya kira benar kerana di sini kehujauannya masih menyerlah walaupun banyak kawasan diterokai oleh manusia demi membuat duit dan menambahkan kekayaan mereka.

Macamana? Polis, bomba atau orang-orang yang boleh mengalihkan sarang lebah ini ke tempat yang lebih sesuai? Ada juga rakan-rakan di Facebook yang memberi cadangan supaya lebah-lebah berkenaan diambil oleh orang yang menghargai kewujudan mereka.

Akhirnya pihak bomba dipanggil oleh jiran-jiran dan mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah kejiranan ini.

Di dalam hati saya, saya bertanya “Apakah kemahiran pihak bomba untuk mengalihkan makhluk Allah ini yang terkenal dengan madunya? Ke manakah mereka akan dialihkan?”

Saya tidak sangka bahawa pihak bomba yang terkenal dengan kecekapan mereka memadamkan kebakaran menggunakan api untuk membakar sarang lebah berkenaan. Rupa-rupanya itulah prosedur mereka.

Semoga Allah memberi keampunan kepada kami semua. Apakah kami telah membuat pilihanyang salah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s