Bicara Integriti Institusi Awam di Awani

Saya telah dijemput untuk satu bualbicara berkenaan tadbirurus dan integriti institusi awam di Astro Awani semalam. Ini memang ruang yang sentiasa saya ambil berat. Saya setujulah.

Rupanya, selain dari saya, ahli panel yang lain ialah Tian Chua, salah seorang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. “Alamak” kata saya dalam hati. Perbualan hari ni tentunya berbau politik. Bagi saya, apa yang utama ialah memberi pandangan dengan jujur dan objektif supaya para penonton boleh membuat analisa dan keputusan sendiri.

xcl2k2qaS9mZWDuUScqfBwIsu utama yang dibincangkan ialah berkenaan kenyataan Menteri Kewangan bahawa jumlah hutang negara sudah mencecah RM 1 trilion. Saya menyatakan bahawa tidak ada pihak yang menafikan adanya hutang, jaminan dan obligasi di bawah skim PPP (Public-Privte Partnership). Apa yang didebatkan di khalayak umum ialah pengkelasannya. Bagi saya, yang perlu difahami ialah akan ada aliran tunai yang akan keluar dari akaun kerajaan bila perkara-perkara di atas diselesaikan, tak kira bagaimana mereka dipanggil.

Setiap tahun disamping mengumumkan belanjawan negara, pihak Kementerian Kewangan ada mengeluarkan Laporan Ekonomi. Jumlah hutang dan jaminan negara ada dilaporkan. Jumlah bayaran di bawah PPP terkandung di dalam belanja pengurusan, jadi jumlah obligasi tidak dilaporkan.

Saya menekankan bahawa untuk meningkatkan integriti institusi awam perlu kepada beberapa perkara:

  • Orang yang berkemampuan dan jujur diletakkan untuk menjadi ahli lembaga dan pengurusan kanan institusi awam. Mereka juga kena ada komitmen yang tinggi untuk melakukan apa yang betul;
  • Institusi awam kena bebas dan boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan tujuan dan fungsi mereka untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat; dan
  • Rakyat diberi maklumat secara terbuka supaya perbincangan berkenaan institusi awam adalah berdasarkan maklumat yang sahih.

Saya juga mencadangkan supaya diwujudkan satu portal yang mana penyata kewangan beraudit kesemua institusi awam di peringkat pusat, negeri dan kerajaan tempatan boleh didapati dengan senang. Ini akan memberi tekanan kepada institusi awam supaya menyediakan akaun yang betul tepat pada masanya dan rakyat dapat mengetahui teguran dan ulasan dari juruaudit, jika ada. Ini juga memberi peluang bagi rakyat untuk menilai prestasi mereka berdasrkan maklumat yang benar.

Integriti institusi sektor awam bukan saya tertumpu kepada isu kewangan tetapi meliputi ruang kehidupan yang lebih luas. Saya memberi contoh, sekiranya raykat tidak mendapat pendidikan pada kualiti yang tepat, keupayaan kita untuk menhadapi Revolusi Industri 4.0 mungkin juga terjejas.

Sebagai rakyat, kita tidak boleh menganggap tugas kita di dalam sistem demokrasi hanyalah mengundi 5 tahun sekali. Kita kena ikuti perkembangan negara dan menyuarakan pandangan kita jika perlu. Ini perlu diasaskan kepada maklumat yang tepat dan sahih. Sebab itu ketelusan institusi awam penting untuk membolehkan kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat di dalam sistem demokrasi.

Terima kasih Astro Awani kerana memberi peluang kepada saya membicarakan topik yang penting ini.

Anda boleh mengikuti bualbicara sepenuhnya dengan mengukiti capaian ini:

Perspektif Tadbirurus Negara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s