Kebebasan Institusi Awam dan Kepentingan Masyarakat

632F7F55-DDEB-47E1-A90F-D0EE12A1F03CMengapa saya sering membincangkan berkenaan kebebasan institusi? Kerana ia penting untuk kita semua.

Institusi yang dimaksudkan di sini ialah apa saya badan yang ditubuhkan untuk memberi khidmat kepada masyarakat. Ianya merangkami kesemua badan yang ditubuhkan berdasarkan undang-undang termasuk Polis, Tentera, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Mavcom, institusi Mahkamah dan seumpamanya.

Setiap institusi ada peranan masing-masing. Ada yang menjaga keselamatan, kewangan, kesihatan dan seumpamanya. Mereka menggunakan wang rakyat atau mendapat kuasa undang-undang untuk mengutip dana bagi membiayai operasi mereka. Jadi, secara semulajadi, segala polisi dan tindakan yang mereka buat mestilah bermatlamat untuk membahagiakan rakyat.

Jadi, di mana salahnya sehingga kebebasan institusi perlu dibincangkan? Kerana ada unsur-unsur luaran yang cuba mempengaruhi institusi berkenaan supaya bertindak secara sebaliknya. Contohnya, jika institusi berkenaan mahu berbelanja, ada orang yang mahu mereka berbelanja dengan kos yang lebih mahal dari yang sepatutnya.

Dari segi polisi pula, ada yang mahu polisi dibuat supaya mereka ada peluang untuk mendapatkan keuntungan. Ini melibatkan polisi seperti menggunakan perkhidmatan tertentu bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan dalam talian. Terdapat banyak polisi yang ada nilai perniagaan atau boleh meningkatkan kos perniagaan.

Ada juga yang mahu institusi awam untuk tidak memgambil tindakan, terutama jika ada yang terlibat dengan pelanggaran undang-undang.

Bagaimana kebebasan institusi boleh terjejas?

Kesemua institusi ditadbir oleh manusia. Kepandaian, nilai dan keberanian manusia-manusia yang diberi amanah untuk mentadbir ini akan mempengaruhi sejauh mana institusi yang ditadbir bebas.

Tekanan politik adalah faktor utama yang mencabar kebebasan institusi. Bagaimana jika ada arahan dari Putrajaya yang mahukan sesebuah institusi berbuat sesuatu yang pada pandangan pentadbir institusi berkenaan ianya bercanggah dengan kepentingan awam? Di sinilah nilai dan keberanian pentadbir institusi teruji. Bagi yang berasa satu-satunya kiblat mereka adalah Putrajaya, jawapannya mudah, ikut saja. Bagi yang mahu mempertahankan apa yang mereka rasa betul, risiko keselamatan jawatan yang dipegang akan jadi taruhan.

Inilah mengapa kepandaian saya sebut. Ada pentadbir yang mempunyai kepandaian yang boleh digunakan di luar institusi termasuk sektor swasta. Jika mereka hilang jawatan, boleh cari kerja lain dengan senang. Orang yang tinggi integritinya amat dicari-cari. Bagi yang sebaliknya, apakah pilihan yang mereka ada?

Oleh yang demikian, meletakkan manusia yang ada 3C, competency, conscience, courage, adalah resepi utama bagi menjadikan institusi awam kita bebas dan benar-benar melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa takut atau berat sebelah. Mereka kena diberikan ruang untuk melakukan yang betul dan boleh bercanggah pendapat dengan Putrajaya. Ini konsep utama.

Faktor lain ialah kesempurnaan undang-undang yang menyelia mereka, model perniagaan dan punca dana dan kewujudan sistem semak imbang yang berkesan. Jika setiap tahun kena minta duit dari kerajaan, tentunya akan ada cabaran yang mereka hadapi.

Rakyat juga kena menunjukkan sokongan jika institusi kita memerima tekanan dan kebebasan mereka diancam. Sebab itulah kita perlu kepada sistem kerajaan yang telus dan tidak ada benda yang disembunyikan dari kita. Bergantung kepada maklumat yang belum tentu benarnya akan menimbulkan spekulasi yang tidak sihat.

Semoga kita sama-sama menuntut supaya institusi awam sentiasa bebas dan berkerja untuk kepentingan rakyat dan negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s