Jasa Apot dan VAT 69 Komando Dikenangi

709e21f7-b5cd-4ed1-8e10-8618dcb55b2aInovastra telah menganjurkan program SekopiDuanya yang ke-4 dan kali ini topiknya agak patriotik sempena dengan suasana menyambut kemerdekaan dan penubuhan Malaysia. Kami jemput Apok, yang dianugerahi Pingat Panglima Gagah Berani kerana sumbangan beliau mempertahankan negara melalui pasukan komando Polis DiRaja Malaysia, VAT 69. SekopiDua kali ini dinamakan Merdeka Series.

Apot yang ditemuramah oleh Nizam Ali, Pengarah Kanan Institut Integriti Malaysia, telah berkongsi dengan hadirin berkenaan permulaan beliau menjadi ahli VAT 69 dan pengalaman beliau menjadi penjejak (trekker) di dalam menjejak komunis yang mahu menggugat kedaulatan Malaysia yang mahu mengisi kemerdekaannya. Mengikut Apot dia bertempur dengan komunis sebanyak 15 kali dan berjaya membunuh 5 orang pengganas.

Mereka bertugas di dalam kumpulan 6 orang yang mana mereka mempunyai kepakaran masing-masing dan bergantung kepada setiap ahli pasukan untuk berjaya di dalam tugasan. Semangat setia kawan inilah yang menjadikan mereka sebuah pasukan yang utuh. Yang berpangkat pun menunjukkan sikap yang baik dan turut bersusah payah bersama dengan ahli pasukannya.

Menurut Apot, integriti juga adalah satu nilai penting yang diyakini oleh beliau di dalam kareernya. Ini diterap dari awal semasa beliau dilatih oleh jurulatih dari pasukan khas British. Jurulatih beliau menyuruhnya mencari sendiri maksud perkataan berkenan. Jadi, Apot telah membeli sebuah kamus yang mana integriti didefinasikan sebagai “kejujuran”, “ketelusan hati” dan “tidak terpengaruh”. Ini perlu diamalkan di dalam setiap keadaan khususnya semasa bertugas.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Dato Rashid Haron yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Veteran VAT 69 Komando PDRM Lembah Kinta yang turut bersama dengan kira-kira 40 veteran VAT 69 yang lain untuk memberi sokongan kepada Apot. Menjawab satu soalan berkenaan semangat setia kawan, Dato’ Rashid menyatakan bahawan semangat demikian tidak boleh diwujudkan di dalam suasana senang. Belian dan veteran VAT 69 yang lain berjaya membentuk semangat setia kawan di dalam suasana mencabar terutama ketika menjalankan operasi yang lama dan terpaksa menggunakan segala tenaga dan kepintaran untuk mencapai misi mereka secara berkumpulan.

ef86d1cd-7142-445f-8ea3-f25576f4da30

Program SekopiDua Merdeka Series ini diharapkan berjaya untuk mengenagi jasa anggota-anggota pasukan keselamatan negara yang mempertaruhan nyawa mereka bagi mempastikan negara kita bebas merdeka dan mematahkan sebarang cubaan untuk menghuruharakan kesejahteraan yang kita kecapi selama ini.

95b45392-e0fc-4dcb-8ff8-04958a9bbeac

Bagi Inovastra, mengangkat kembali cerita-cerita berkenaan pengorbanan orang-orang biasa yang berjasa di dalam mengisi kemerdekaan adalah penting agar kita tidak hanya terpesona dengan orang-orang yang berkedudukan dan berharta. Malaysia telah dibina di atas keringat pelbagai rakyatnya, tak kira pangkat dan kedudukan. Semua rakyat Malaysia penting.

e3028938-7425-4a9c-817c-44cbee9e0a45

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s