Ekosistem Keropok Balok

Saya bersama keluarga bercuti di Balok, Kuantan. Ini dirancang di saat-saat akhir kerana saya tidak menjangka ada 3 minggu yang cuti hujung minggunya panjang. Sebagai majikan, saya faham perasaan majikan-majikan yang terpaksa mempertahankan produktiviti di musim sebegini. Itu cerita lain kalilah.

Apa yang saya seronok di Balok ini ialah ekosistem keropoknya. Oleh kerana ianya terletak di pesisiran pantai, bekalan ikannya banyak dan murah. Ini memudahkan penduduk tempatan untuk menghidupkan industri keropok yang menggunakan ikan sebagai bahan mentah utamanya. Maka wujudlah puluhan kedai-kedai keropok di sepanjang jalan dari Kuantan, Balok, Cherating dan Chukai.

Perushaan keropok di kawasan ini pula rata-ratanya menggunakan tenaga buruh tempatan. Ini amat penting kerana menjana pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak tempatan penting bagi mempastikan perkembangan ekonomi dirasai nikmatnya oleh orang-orang kita.

Di samping keropok, ada banyak produk lain seperti sata, karipap, keropok kering dan sos cili. Untuk kesemua produk-produk ini disediakan untuk dipasarkan, bayangkan ramai mana orang yang boleh bekerja dan mencari rezeki yang halal termasuk nelayan dan mereka yang bekerja menggunakan kemahiran.

Dengan wujudnya peluang untuk mencari rezeki yang halal, Shariah juga dijunjung dan rahmah diperluaskan. Islam bukan diasaskan dengan hukuman tetapi galakan kepada manusia untuk membuat kebaikan dan memperluaskan rahmah sebagai tanda kehambaan kepada Allah. Hukuman perlu untuk mempertahankan keharmonian dan objektif Shariah yang dibina dan dibentuk oleh masyarakat, bukannya sebagai matlamat utama secara tersendiri.

Saya juga nampak bagaimana perushaan keropok di Balok ini mampu diperbesarkan lagi. Ianya terletak hanya 3 jam dari Kuala Lumpur di mana kuasa beli lebih tinggi. Oleh kerana kualiti keropok di sini sama dengan keropok yang saya biasa makan dari Besut atau Kemaman, peluang untuk memasarkan keropok dan makanan lain seperti sos cili amat luas. Jika Nasi Air Dingin boleh diangkut dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur setiap hari, memasarkan keropok Balok yang lebih tahan lama jika disimpan secara lebih saintifik tentunya lebih mudah.

Jika ada pihak-pihak yang menyambung rantaian bekalan keropok dari Balok hingga ke Kuala Lumpur, kesan kepada ekonomi Balok akan bertambah dan ini tentunya menjadikan industri keropok di sini lebih berdaya maju.

Siapakah yang teruja untuk memulakan tindakan ini? Tak payahlah tunggu saranan kerajaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s