Potensi Pelancongan Kota Bharu

IMG_2127Saya dibesarkan di Lorong Che Su, Kota Bharu. Setelah masuk umur 13 tahun barulah bermukim di MRSM Kota Bharu di Pengkalan Chepa dan selepas itu ke Australia dan akhirnya menjadi warga ibukota Kuala Lumpur. Bila pulang ke Kota Bharu sekali sekala, banyaklah kenangan lama yang muncul semula di kepala. Nyata, ada yang masih sama dan ada pula yang berbeza.

Kota Bharu dibangunkan di sepanjang Sungai Kelantan yang mengalir dari tanah tinggi di Hulu Kelantan. Semasa saya kecil airnya kebiru-biruan. Ada banyak rumah rakit di sepanjang sungai. Malah ada rakit yang menjadi tandas awam. Kini, airnya tidak ubah seperti warna teh tarik, mungkin perlu tambah gula saja. Ada pelbagai alasan mengapa ianya menjadi begitu. Yang nyata, ianya adalah disebabkan tangan-tangan manusia, seperti yang difirmankan Allah di dalam Al Quran.

Q3EB2ZEdTmiUSX6U%gM3Mg
Dulu warna air Sungai Kelantan ini kebiru-biruan
IMG_2105
Inilah tapak kubur lama yang dijadikan padang bola

Jalan Che Su berdekatan dengan Lorong Gajah Mati yang mana ada kubur lama. Semasa saya kecil, kami bermain bolasepak di atas kuburan itu, dicelah-celah batu nesan. Ada juga budak yang memecahkan struktur kuburan supaya lebih senang bermain. Bila sudah dewasa, baru terasa itu semua macam satu kegilaan.

Adik saya membawa saya dan isteri untuk melawat beberapa tapak pelancongan yang saya sendiri tidak pernah jejaki, di kawasan Kuala Besar yang berhampiran dengan Pantai Cinta Berahi, nama asal tempat itu sebelum “diIslamkan”. Di situlah letaknya Delta Kelantan yang ada banyak pulau-pulau yang kecil. Kena ambil bot kecil untuk menjelajahi kawasan berkenaan.

4pvHToB%TmCv5gOnbQpouQ

Destinasi kami adalah Pulau Suri yang mana diwujudkan sebuah pasar terapung, sama yang boleh didapati di Thailand. Yang berbeza ialah makanan yang dijual, semuanya yang berasal dari Kelantan dan bersumberkan hasil-hasil tempatan seperti makanan sungai dan laut. Ada juga buah kelapa yang dikait bila ada orang yang mahu merasanya. Harga makanan di sini amat berpatutan berbanding dengan kualiti dan kelazatannya.

0kxVsD3cS8e78sb2PKSbYQ

fullsizeoutput_9642
Lokan adalah sejenis kerang sungai, lebih besar dari etok yang amat popular di Kelantan.

Setelah itu kami mengelilingi beberapa buah pulau dan menyaksikan keindahan alam yang semula jadi walaupun air sungai memang keruh. Ini satu suasana yang mengamankan, terutama bagi orang yang tinggal di kota seperti Kuala Lumpur.

Selepas itu, kami menjamu selera di Medan Ikan Bakar yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. Di sini ada sebuah kedai yang menjual sop kepala ikan, satu menu yang agak unik.

Perjalanan kali ini hanya mengambil masa di dalam 2 jam sahaja. Ada banyak lagi tempat menarik seperti tempat membuat wau, tempat songket ditenun dan beberapa destinasi yang menarik bagi pelancong.

Bandar Kota Bharu ada potensi besar untuk dijadikan destinasi pelancong. Apa yang perlu ialah perancangan yang strategik dan perlaksanaan yang berkesan. Malah, dengan apa yang ada, ia boleh menjadi lebih hebat dari bandar-bandar di Malaysia yang mempromosi produk pelancongan yang sedia ada. Rugilah jika potensi ini dibiarkan kerana ianya bukan sahaja boleh menambah aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan tapi boleh juga mempromosi “budaya Kelantan” kepada tetamu luar.

oQsHMX5qTSKoZC8qNth0ag
Medan Tuan Padang, pintu masuk ke Kota Bharu

Bagi saya memujudkan peluang pekerjaan adalah selari dengan Maqasid Shariah yang mahu melindungi jiwa dan harta. Tanpa peluang pekerjaan, macamana orang tempatan mahu mencari rezeki yang halal? Pandangan bahawa manusia boleh mencari sendiri rezeki untuk hidup mungkin agar tersasar dengan realiti dunia sekarang yang mana ramai manusia mencari-cari pekerjaan untuk menyara kehidupan. Jangan pandang ringan perkara ini.

Saya amat berharap Kota Bharu menjadi sebuah destinasi pelancongan yang cemerlang. Tentunya banyak kebaikan yang akan dirasai manusia, bukan hanya dihidangi dengan cakap-cakap dan ucap-ucap sahaja.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s