Cerita Dr. Radzi Jidin

yywbolxzqxan3nteknxvyaDr. Radzi Jidin merupakan bekas seorang ahli akademik yang menghabiskan 20 tahun di Australia sebagai penuntut dan juga pensyarah.

Dia mengajar, menghabiskan PhD, mengambil program CPA Australia dan terlibat juga di dalam politik. Tesis PhD beliau adalah “The effect of auditors political connection on auditors’ judgments”.

Kemudian dia mahu mencuba sesuatu baru dan memohon untuk mengajar di University New South Wales, sekolah perakaunan 10 terbaik di dunia. Walaupun tidak digalakkan oleh rakan-rakannya, dia mahu tahu nilai pasarannya. Dia dapat.

Dia sentiasa berpesan kepada pelajar perakaunan, jika anda tidak mengambil program perakaunan profesional, anda tidak akan ke mana.

Bagi dia integriti bukanlah komoditi, jika ianya hilang, hilanglah kepercayaan orang kepada kita sebagai akauntan profesional.

Oleh kerana harga hartanah di Sydney mahal, dia memilih untuk berpindah ke Hobart untuk menetap dan membesarkan keluarganya di sana.

Ketika itu isu 1MDB semakin hangat dan dia melakukan kajian dan menulis berkenaan skandal tersebut. Dia juga bertemu dengan pemimpin UMNO dan memberitahu mereka 1MDB akan menjadi isu besar.

Dia kemudiannya menyertai Bersatu dan dilantik menjadi ketua bahagian Ketereh. Dia terpaksa berulang alik dari Australia ke Malaysia untuk menerangkan isu 1MDB kepada orang kampung.

Sebagai seorang akauntan profesional dia mencari kebenaran dengan mengkaji kesemua dokumen yang ada termasuk hansad Parlimen. Dia juga membuat kajian ke atas transaksi-transaksi Felda. Atas dasar inilah beliau terpanggil untuk berjuang kepada negara.

Pada bulan Mac 2018, dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan di University of Tasmania dan kembali ke Malaysia untuk menyediakan pasukannya untuk menghadapi pilihanraya. Bila ditanya oleh bossnya mengapa dia lakukan ini sedangkan ada 30 juta rakyat Malaysia, dia menjawab dengan yakin bahawa ini adalah tanggungjawabnya kerana dia ada ilmu, dia faham apa yang berlaku dan bertanggungjawab kepada Allah di kemudian hari.

Bila dia tahu dia kalah di dalam pilihanraya, dia ditanya adakah dia menyesal, dia kata “tidak”.

Boss lamanya menawarkan jawatan lamanya kepada beliau. Dia menolak tawaran itu kerana berasa bertanggungjawab untuk mengisi kemenangan pertinya. Akhirnya beliau diberi jawatan sekarang.

Rumusannya: Akauntan kena pertahankan integriti dan objektiviti setiap masa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s