Memulakan 2019 Dengan Bicara Tadbirurus

NE3kvkhVRwOvQdiOnKU2Lw.jpgSaya telah diberi peluang untuk membincangkan isu-isu berkaitan tadbirurus dan anti-rasuah di dalam 2 rancangan televisyen di permulaan tahun 2019 ini. Bagi saya ini adalah permulaan yang baik kerana usaha ke arah ini perlu dibuat secara berterusan dan harus dipikul oleh kesemua ahli masyarakat yang mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang unggul.

Rancangan pertama yang disiarkan pada 2 Januari lalu ialah ruang bual bicara “Let’s Talk” di Astro Awani yang dihoskan oleh Sharrad Kuttan. Saya hadir bersama Dato’ Sri Akhbar Satar, Pengerusi Transparency International, Malaysia.

Fokus saya ialah untuk menerangkan kesan rasuah kepada masyarakat. Ramai orang tidak sedar, rasuah dan salahguna kuasa menyebabkan dana kerajaan tiris dan mengurangkan dana yang ada untuk pembangunan dan membantu rakyat yang memerlukan.

Untuk mengatasinya kita perlu kukuhkan institusi-institusi penting seperti Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan pelbagai agensi lagi agar mereka boleh bertindak secara bebas untuk meningkatkan tahap tadbirurus dan pengurusan kewangan di negara ini. Pelaporan kewangan sektor awam juga perlu dipertingkatkan kualitinya dan mana-mana pegawai yang menyebabkan laporan kewangan kementerian atau agensi kerajaan menjadi tidak benar perlu didenda atau dipenjarakan, sama seperti di sektor swasta.

Undang-undang pembiayaan parti politik perlu digubal dengan segera bagi mempastikan wang rakyat tidak digunakan untuk membiayai aktiviti politik. Banyak negara-negara lain yang ada undang-undang seperti ini. Kesannya ialah pembiayaan politik menjadi lebih telus dan susah bagi orang-orang politik dan kuncu-kuncu mereka menggunakan alasan menyokong perjuangan bangsa dan agama untuk mendapat kontrak kerajaan pada harga yang lebih tinggi dari yang sepatutnya. Sebarang bantuan kepada rakyat seharusnya diberikan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan. Undang-undang ini akan memaksa parti-parti politik untuk menukar model perniagaan mereka.

Sehari selepasnya, saya dan Dato Sri Akhbar sekali lagi dijemput untuk muncul di dalam program “Ruang Bicara” di Bernama News Channel. Ianya dihoskan oleh Sharkawi Jirim, seorang hos veteran. Beliau merupakan penerbit rancangan Panorama yang dikira sebuah rancangan yang berasaskan penyiasatan kewartawanan pertama di media Malaysia puluhan tahun dahulu.

LPAUE6ULRJqzvyIYlAx3IQ.jpg

Topik-topik yang dibincangkan hampir sama, cuma di dalam program ini penonton diberi peluang untuk bertanya soalan dan memberi pandangan mereka, khususnya berkenaan pencegahan rasuah.

Saya berharap agar perbincangan-perbincangan berkenaan tadbirurus, integriti dan anti-rasuah akan menjadi kelaziman di dalam masyarakat. Dengan kesedaran yang tinggi berkenaan kesan rasuah kepada masyarakat dan hinanya jenayah rasuah ini, rakyat akan lebih sensitif di dalam memilih pimpin dan kepada siapa amanah mentadbir negara ini mahu diberikan. Barulah lebih ramai rakyat akan dapat merasa nikmat sebagai warganegara di dalam negara yang terus membangun ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s