Orang Hebat Kena Kawal Kehebatannya

MKr3VSXQRYyG3zkT38unmAOrang hebat ni biasanya sudah ada rekod kejayaannya. Walaupun di dalam masa yang sama dia ada pelbagai perangai seperti sentiasa mahu menang dengan orang lain, tak mahu dengar cakap, ingat dia saja yang betul, kasar dan pelbagai perangai lain, rekod kecemerlangannya akan membuatkan dia percaya bahawa perangai-perangai itulah yang membuatkan dia berjaya dan hebat.

Sebenarnya, mengikut Marshall Goldsmith, perangai-perangai inilah yang membuatkan potensi orang-orang hebat ini tidak dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan menghalang mereka untuk naik ke kedudukan yang lebih tinggi.

Jadi, apa ubatnya?

Mengikut Marshall, orang hebat tidak boleh berubah kecuali mereka sendiri:

  • Sedar diri dan mahu berubah
  • Sanggup mendengar pandangan orang lain tanpa bersoal jawab dengan orang yang memberi pandangan, cakap terima kasih sahaja
  • Menggunakan pandangan dan saranan yang diberi untuk mengenalpasti perubahan yang perlu
  • Melakukan perubahan SECARA BERTERUSANDapatkan maklumbalas, dengar, fikir dan ubah lagi sehingga perangai baru menjadi kelaziman orang yang hebat tersebut

Ketika saya didedahkan kepada kaedah ini buat pertama kali, saya tidak berapa yakin kerana pada kefahaman saya, perbuatan kita datang dari jantunghati (inside out). Namun, bila difikir kembali, banyak juga tabiat kita sebenarnya dipengaruhi oleh perkara-perkara dan orang-orang di keliling kita yang berlaku secara berterusan sehinggakan kita selesa bersamanya (outside in).

Contohnya, jika kita sentiasa bersama dengan orang-orang yang suka mencarut, lama-lama mencarut boleh jadi biasa kepada kita dan kita pula mencarut kerana berasa bahawa ianya adalah ciri-ciri kehebatan kita. Kalau telah lama bergelombang dengan hutang, tak berhutang rasa tak sedap pulak sehingga hutang pula dirasakan sebagai lambang kemuliaan.

Adakah kemungkinan Marshall Goldsmith membentuk metodologi coaching nya bila dia dengar orang Melayu kata “alah bisa tegal biasa”?

Namun, berubahan yang mahu dibentuk mestilah berpunca dari keinginan jantunghati. Tanpa kemahuan demikian, Marshall Goldsmith yang terkenal sebagai coach kepada ramai tokoh-tokoh hebat dunia itu pun tak boleh buat apa-apa. Dia tak akan terima pun orang yang degil dan tak mahu berubah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s