Mengambil Risiko: Di Antara Dua Darjat

Ada satu kaum yang mana jaminan adalah satu ajaran yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Bila nak melabur, kena dijamin modal tak hilang, keuntungan pun mesti nak lebih dari tempat lain.

Bila nak kerja kena kerja yang tetap dan ada pencen, walaupun imbuhan lebih rendah dari kerja-kerja yang tidak berapa terjamin kekekalannya kerana prestasi menjadi satu keutamaan.

Bila berniaga tak berapa mahu bersaing walaupun sesama sendiri dan mahu keutamaan untuk mendapatkan peluang berniaga termasuk bekalan modal.

Satu kaum lain pula diajar untuk berusaha sebagai satu-satunya jalan untuk mendapat kesenangan kehidupan.

Bila pelaburan tak terjamin, mereka belajar untuk menguruskan risiko pelaburan, akhirnya mampu untuk memilih mana yang risikonya dan pulangannya bersesuaian dengan selera mereka.

Mereka berkuli untuk belajar kemahiran yang membolehkan mereka akhirnya berniaga sendiri. Jatuh berkali-kali pun tak apa kerana itulah yang dijadikan panduan untuk berjaya. Jika peluang disekat, mereka menjadi pembekal kepada orang yang mendapat kuota itu dan ini.

Mereka menabung untuk pendidikan anak-anak walaupun mereka adalah petani atau pun buruh. Mereka yakin pendidikan berkualiti adalah bekalan kehidupan yang amat penting. Kemudian anak-anak mereka diajar “kamu bila besar nanti kena berusaha untuk jaga diri sendiri kerana tak ada orang lain yang akan jaga kamu”.

Inilah apa yang disifatkan sebagai kesan polisi yang tersasar. Di dalam menolong dan memberi keutamaan, orang yang ditolong dan diutamakan hilang daya untuk bersaing dan berusaha, malah yang menebal ialah budaya berharap. Manakala sebaliknya, orang yang kurang kemudahan dan peluang bertukar menjadi manusia yang mempunyai azam yang tinggi dan berani mengambil risiko, sesuatu yang memang menjadi rencah di dalam kehidupan ni pun.

Setiap kali kita lintas jalan, ada risiko dilanggar kereta. Adakah kita duduk diam di tepi jalan? Tidak. Kita belajar teknik-teknik melintas jalan dengan selamat sehinggakan akhirnya kita tidak takut nak lintas jalan. Pemandu kereta pulak yang takut kerana ramai orang lintas jalan tanpa jenguk kiri kanan dan melintas sembil memandang telefon bimbit.

Oleh itu kita tak boleh takut kepada risiko. Di dalam kaedah kewangan Islam, keuntungan tidak boleh di dapati tanpa risiko. Malah, istilah “risk” yang digunakan oleh omputih tu dikatakan berasal dari perkataan Arab “rezq” atau apa yang orang Melayu istilahkan sebagai rezeki.

Rupanya nak cari rezeki kena hadapi risiko, bukan lari darinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s