Menangani Disrupsi Di Sektor Kewangan, Perbankan dan Perakaunan

6f048e44-9f24-4830-98d9-07d7472acd78Saya telah dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam satu perbincangan berkenaan sektor kewangan, perbankan dan perakaunan di dalam 10 tahun yang akan datang. Ianya diadakan di Asia Pacific University of Technology and Innovation sempena dengan hari terbuka universiti berkenaan. Di samping saya ada setiausaha syarikat, pegawai kanan bank pelaburan dan juruaudit.

Apa yang cuba saya tekankan ialah sikap dan kaedah yang perlu kita ambil di dalam menangani disrupsi, satu fenomena yang didorong oleh perkembangan teknologi dan pasaran bebas. Di dalam sektor kewangan, di samping syarikat-syarikat kewangan tradisional seperti bank dan pengurus aset yang menggunakan teknologi terkini untuk menjadikan perniagaan mereka lebih hebat, terdapat banyak syarikat-syarikat teknologi yang mula menawarkan perkhidmatan kewangan seperti Alibaba dan yang terkini adalah Apple.

Ketika saya mula belajar perakaunan di Perth dulu, saya menggunakan Multiplan sebagai hamparan elektronik untuk membuat model kewangan sebagai asas kepada pelbagai alatan perakaunan seperti belanjawan dan anggaran aliran tunai. Untuk menulis pula saya gunakan Word, bukan alatan-alatan popular masa kini yang belum wujud di ketika itu.

Bila saya berkerja di sebuah firma Chartered Accountants di Perth, saya telah disuruh untuk membuat satu unjuran aliran tunai bagi seorang pelanggan untuk memohon pinjaman bank. Seperti biasa, kena guna kertas yang lebar kerana untuk membuat unjuran kena ambilkira tempoh masa yang panjang. Saya tanya boss saya mengapa tidak gunakan hamparan elektronik. Dia benarkan saya gunakan alatan yang saya guna semasa saya belajar. Hasilnya memuaskan hati boss saya dan selepas itu saya diberikan tugasan yang memerluka pembetukan model kewangan secara elektronik.

Jangan malu kepada boss jika kita ada idea yang dia pun tak terfikir.

Sekarang saya menjadi pengerusi BIMB Investment Management yang mempunyai satu dana ESG (Alam sekitar, Sosial, Tadbirurus) patuh shariah yang menggunakan kepandaian buatan (artificial intelligence) dan Data raya (Big data) di dalam membuat keputusan pelaburan setiap hari tanpa campur tangan manusia. Setiap hari 50,000 laman web di alam 15 bahasa dibaca untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan sysrikat-syarikat yang kami labur. Dana ini adalah di antara dana ESG patuh shariah yang terbesar di dunia. Walaupun saya bukan eksekutif, saya perlu memahami kaedah ini dan mempastikan tadbirurusnya berkesan dan tidak ada kerugian yang tidak adil kepada pelabur.

Apa yang penting ialah usaha kita untuk sentiasa menambah ilmu dan kemahiran supaya kita menjadi relevan kepada pasaran dan boleh mengikuti dan menangani cabaran yang sentiasa berubah-ubah. Ini bermakna kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang ada dan sentiasa belajar dari sumber-sumber yang sahih. Dengan mengamalkan ilmu-ilmu baru ini, kemahiran kita akan bertambah. Sebab itu, penting bagi seseorang itu untuk pandai “belajar untuk belajar” sebab banyak ilmu tersimpan di dalam bentuk ilmu tersirat (tacit knowledge) yang memerlukan kita mendampingi orang yang tahu secara dekat dan tidak formal, apa yang digelar “externalisation”.

Walau bagaimana pun, kita perlu menanam nilai-nilai murni seperti jujur dan amanah dan berani berbuat apa yang betul dan benar bila keadaan memerlukan. Tak boleh diam kepada kemungkaran di depan mata. Jika kita ada ilmu, kemahiran dan nilai yang baik, kita lebih mudah untuk mendapat peluang yang baru.

8lRiwVc0Q9CHb+eYciKAsQ

Oleh yang demikian, sentiasa meningkatkan ilmu dan kemahirn menjadi formula penting untuk menangani disrupsi di dalam mana-mana industri dan sektor. Di dalam masa yang sama, nilai-nilai murni yang diserlahkan di dalam keputusan dan tingkah laku kita juga penting supaya kita menyumbang kepada pengukuhan institusi yang mana kita terlibat dan menaggung amanah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s