Salam Aidil Fitri 2019

Aidil Fitri tahun ini kami rayakan dengan sederhana kerana kebanyakan adik beradik saya beraya di tempat masing-masing walaupun kalau ikut giliran mereka sepatutnya berkumpul di Kuala Lumpur.

Namum apa yang penting ialah Aidil Fitri dirayakan berdasarkan kehendak Tuahn yang mengurniakannya kepada kita, bukan satu perayaan yang membolehkan kita beraya mengikut nafsu yang diikat di sepenjang bulan Ramadan. Bahaya kalau kita mengikut naratif Aidil Fitri yang dipromosikan oleh radio dan televisyen, hanya suka-suka dan nyanyi-nyayi sahaja.

Di samping beraya dengan keluarga di rumah, kami juga menziarah saudara-saudara yang lebih tua yang tinggal di sekitar Lembah Kelang. Kami gunakan pelauang ini untuk mempereratkan lagi ikatan persaudaraan dan merasa hidangan lazat yang disedaikan.

Janganlah kita lupa kepada saudara kita yang tidak boleh merayakan Aidil Fitri dengan gembira kerana peperangan, kemiskinan atau pelbagai sebab lain. Di samping berdoa kepada Allah agar mereka dikurniakan kesabaran dan penyelesaian, marilah kita membantu mereka dengan seikhlas mungkin.

Semoga Aidil Fitri ini membawa kebahagiaan kepada kita semua, di dunia dan akhirat.

%O%ZDV9WQq+rSdaEV4ScgQ

mdKQZu45T4mf5RI1aAfwcg

G%ULNGCoTwCrMwDOGchrvQ

914ee7ff-6b18-4d5c-96d5-f17daa54538d

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s