Hari ini anak lelaki ke dua saya, Muhammad Hazim, selamat diijab qabulkan dengan Farah Shuhaida. Farah adalah menantu saya yang kedua. Selamat datang ke dalam keluarga kami, Farah.
Hazim adalah anak saya yang ke empat dan mendapat pendidikan di Sekolah Islam Al Amin Gombak. Sekolah ini saya pilih kerana penekanannya di dalam asas-asas agama. Ini penting untuk masa depan anak-anak saya di akhirat.
Selepas SPM, Hazim menyambung pelajarannya di UiTM di dalam jurusan perakaunan.
Hazim dan Farah bertemu ketika sama-sama bekerja di Khairuddin, Hasyudeen & Razi (KHR), firma perakaunan yang saya asaskan di awal tahun 90an dahulu. Walaupun saya sudah tidak mempunyai sebarang kepentingan di dalam KHR, nama saya masih kekal di situ. Tak sangka pula firma ini menjadi sebahagian dari sejarah berkenaan keluarga pula.
Farah adalah seorang akauntan profesional dengan memilki keahlian Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). Maknanya bertambah lagilah seorang akauntan di dalam keluarga kami. Hazim, abang sulongnya dan kakaknya juga adalah akauntan. Memang semasa saya di KHR dahulu, saya amat menggalakkan anak-anak muda kita untuk mendapatkan kelayakan profesional. Susah? Itu hanyalah alasan bagi orang yang tidak mahu mencuba. Ada ke benda yang senang di dunia ini?
Saya dan keluarga berdoa ke hadrat Allah agat perkahwinan ini diberkati dan mereka berdua bahagia di dunia dan akhirat.
Selamat menabur bakti kpd anak bangsa melalui perkongsian ilmu.
LikeLike