Nak Jadi Pilot Konon

Saya tidak pernah bercita-cita nak jadi pilot. Jurutera Aeronautikal adalah. Tapi bila ada rakan yang saya kurang suka nak ambil kerjaya yang sama, saya cari kerjaya lain. Akhirnya jadi akauntan.

Suasana PKP memberikan ruang kepada ramai orang untuk meninjau perkara-perkara baru. Saya ni gemar berfoto. Tiba-tiba saya terfikir berkenaan dengan mengambil foto dan video dengan menggunakan dron. Akhirnya terjebak dan saya membeli sebuah dron kecil.

Bila ruang untuk beriadah diberikan, saya mencuba untuk menerbangkan dron saya buat kali yang pertama. Mula-mula takutlah. Bila saya mula yakin, saya terbangkan dron saya jauh sedikit dari kedudukan saya sehingga tak nampak dan hanya bergantung kepada video yang sampai kepada saya.

Tiba-tiba video menunjukkan dron saya terlanggar pokok dan jatuh ke tanah. Pelbagai perasaan timbul di dalam jantunghati saya. Menyesal pun ada. Pertama kali terbang dah terhempas.

Mujurlah saya dapat mengesan kedudukan dron yang terhempas itu dari telefon saya. Akhirnya ianya dijumpai dengan selamat. Semuanya masih berfungsi dengan baik.

Saya akan cuba lagi di masa hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s