Tetap Di Atas Jalan Yang Benar

fullsizeoutput_ac5b

Setiap hari kita memohon kepada Allah SWT supaya menunjukkan kita Jalan Yang Benar اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Bukan niat saya untuk membincangkan berkenaan mana satu jalan yang benar. Kena rujuk tokoh-tokoh yang ikhlas bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Apa yang kritikal di zaman yang mana pelbagai pandangan dan maklumat bertaburan di alam maya dan pelbagai pihak pula mendakwa merekalah yang benar dan ikhlas, kita kena bergantung kepada Allah untuk mendorong kita ke jalan yang kita cari-cari itu dan tetap berada di atasnya. Ini relevan di dalam semua aspek kehidupan.

Menurut Irsyad Al-Hadith No. 244, “Sesungguhnya al-qalb (hati) itu berasal daripada perkataan ‘taqallub’ yang bermaksud kerap bertukar (berbolak balik). Hati diumpamakan seperti bulu di atas pokok yang berubah-ubah ketika ditiup angin. Ia juga berbolak balik diumpamakan lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk”.

Rasulullah SAW pun berdoa supaya Allah tetapkan hati Baginda di atas agama يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ “Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Di pihak kita pula, kita kena mencari mana yang terbaik seperti yang disebutkan di dalam Firman Allah SWT ini:

ٱلَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ ٱلْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُۥٓ ۚ أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ هَدَىٰهُمُ ٱللَّهُ ۖ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna

Az Zumar: 18

Bila Allah suruh kita mengikut yang terbaik فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ maka kita bertanggungjawab untuk mencari ilmu dan membuat pilihan. Jadi kena berhati-hati mencari sumber ilmu dan kena ada kedah untuk membuat pilihan. Setiap pandangan kena kembali kepada Al Quran dan As Sunnah.

Kita akan melanglah keluar dari bulan Ramadhan dan akan berdepan dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran. Semoga Allah menerima amalan kita dan dijadikan sebab untuk memandu jantunghati kita agar tetap teguh di atas jalan yang diredhaiNya.

Selagi kita tidak mendapat kejayaan yang hakiki di Akhirat, semua bentuk kejayaan di dunia ini hanyalah bersifat relatif, lebih baik dari satu keadaan lain.

Itulah sebabnya bila “berjaya’ kejayaan itu hendaklah dipertahankan atau ditambah lagi. Jika tidak, ianya tidak akan kekal dan kita mungkin kembali tertarik ke belakang.

Ini terpakai di dalam semua perkara seperti kehidupan, kekeluargaan, perniagaan dan apa sahaja yang kita lalui. Satu contoh yang mungkin paling relevan bagi kita ialah kesan wabak Covid-19. Berapa banyak perniagaan yang “berjaya” sebelum wabak ini sedang menghadapi pelbagai masalah sekarang? Berapa ramai orang yang ada pekerjaan sebelum wabak ini kini sudah hilang punca pendapatan mereka?

Kita sekarang sudah berada di hujung bulan Ramadhan, satu bulan yang membawa pelbagai peluang dan kurnia dari Allah swt. Bagi mereka yang mampu beribadat dengan bersungguh-sungguh di siang dan malam Ramadhan, Alhamdullilah. Semoga Allah menerima amalan berkenaan dan dikurniakanNya keampunan, rahmat dan pembebasan dari neraka.

Namun, datangnya Syawal bukannya titik noktah dari segi usaha kita untuk mendapatkan keredhaan Allah. Usaha kena berterusan sehingga akhir hayat kita. Inilah yang saya maksudkan dengan “kelestarian”. Jangan pula aktiviti hebat di bulan Ramadhan ini terhenti dengan datangnya Syawal.

Kita kena ingat bila syaitan berkeliaran seperti biasa dengan perginya Ramadhan, mereka akan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan kita. Ada ustaz kata, syaitan tidak pernah masuk melalui jalan “No Entry”, bertentangan dengan kesukaan kita. Mereka menjalankan talbis (penipuan) mereka melalui perkara-perkara yang kita suka termasuk kesukaan kita kepada agama.

Jika di dalam berniaga, menjadikan perniagaan lestari memerlukan usaha-usaha berterusan dari segi pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan, kita perlu juga memberikan penekanan yang sama di dalam mencapai misi kita sebagai Hamba Allah.

Saya doakkan kita semua diberikan taufiq dan hidayahNya supaya kata mampu menjalankan amanah dan tanggungjawab kita di pelbagai perinhgkat dengan baik dan menjadi Hamba Allah yang diredhai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s