Nilai Kawalselia Yang Berkesan

Tidak ramai rakyat yang memberi perhatian kepada sidang media yang dibuat oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) semalam. Kalau ikuti pun mungkin susah nak menilai apa yang dibincangkan.

Namun, maklumat dan kenyataan yang dikeluarkan adalah penting untuk kita semua. Mengapa?

Kita adalah pengguna sistem perbankan. Paling kurang adalah simpanan sedikit atau pun gaji kita dimasukkan ke dalam akaun bank kita. Ada yang membeli rumah melalui pembiayaan bank. Bagi usahawan lagilah, sistem perbankan membolehkan urusniaga jualan dan belian berjalan dengan kos yang munasabah. Kalau dapat pembiayaan, kebergantungan kepada sistem perbankan amat tinggi.

Bank adalah institusi pengantara (intermediation) yang mengumpul deposit dari pelanggan. Dana ini berserta dengan modal pemegang saham bank akan digunakan untuk membiaya pelanggan lain, persendirian atau pun perniagaan.

Pendeposit pula boleh mengeluarkan wang mereka mengikut kemahuan mereka atau pun dengan syarat, contohnya deposit tetap. Keupayaan bank untuk mempastikan setiap kali kita cocok kad ATM dan duit yang dikehendaki keluar, adalah penting bagi sistem perbankan dan sistem kewangan secara keseluruhannya.

Bagi ini terjadi banyak perkara kena berlaku dengan betul. Cara menerima deposit, cara menilai pelanggan untuk dibiayai (credit assessment), kecukupan modal, kecairan dana bank, pengurusan aset jangka panjang, operasi, sistem IT, pertahanan siber dan pelbagai perkara yang menjadikan pengurusan bank adalah satu perkara yang kompleks.

Penyeliaan sistem perbankan di Malaysia adalah tanggungjawab BNM. Mereka membentuk polisi, mengawalselia melalui pelbagai kaedah dan jika perlu, mengambil tindakan. Bagi orang yang berkecimpung di dalam perbankan, mereka akan tahu reputasi BNM di dalam perkara ini. Amat tegas.

Gabenor BNM menyatakan sistem kewangan kita cukup kukuh untuk menghadapi cabaran Covid-19 hasil dari kewujudan penampan (buffer) yang kukuh yang dibina sekian lama.

fullsizeoutput_abe3

Nisbah modal sistem perbankan ialah 18.4%, yang dikira amat tinggi. Modal yang dikira berlebihan berjumlah RM 121 bilion. Ini membolehkan bank-bank menyerap kerugian dari kegagalan pelanggan untuk membayar balik, jika ianya berlaku.

Sistem kewangan juga mempunyai kecairan yang tinggi dengan nisbah perlindungan kecairan pada tahap 148%. Ini menunjukkan bank mempunyai wang yang cukup untuk memenuhi kehendak aliran dana.

Inilah hasil kawalselia yang berkesan dan kerjasama dari pemain di dalam sistem kewangan negara. Bila ada situasi seperti yang ada sekarang, barulah nilainya jelas terserlah dan kepentingan kita semua tetap terjaga.

Di dalam pembentangan Gabenor Bank Negara Malaysia itu juga, beliau menyatakan juga berkenaan kekukuhan modal bank-bank di Malaysia bagi menghadapi kegawatan ekonomi.

Bagaimana beliau boleh membuat kenyataan berkenaan? BNM sudah mengadakan ujian tekanan ke atas sistem perbankan di Malaysia. Ini dilakukan dengan mengandaikan beberapa senario tekanan dan bank-bank akan membuat perkiraan bagaimana kedudukan mereka jika senario-senario itu berlaku.

fullsizeoutput_abe4

Dari hasil ujian ini, BNM berpuashati bahawa bank-bank di Malaysia berada di dalam kedudukan yang kukuh untuk menghadapi pengucupan perkembangan ekonomi, jika ianya berlaku. Kedudukan modal di dalam sistem perbankan semuanya berada di atas tahap minima yang ditetapkan oleh BNM.

Ujian tekanan ini merupakan satu amalan baik yang boleh dilakukan bagi mengetahui di mana kelemahan yang ada jika senario buruk berlaku. Kita boleh mulakan dengan krisis kewangan 2007 yang dikira yang terburuk pernah dihadapi oleh negara. Kemudian boleh pilih satu dua senario lagi yang ada kemungkinan boleh berlaku. Saya yakin, di masa hadapan, berlakunya wabak seperti apa yang kita hadapi sekarang akan menjadi senario wajib bagi mana-mana ujian tekanan.

Walaupun ujian tekanan ini mungkin sudah menjadi akademik bagi perniagaan yang sedang menghadapi pelbagai cabaran sekarang, ianya masih boleh digunakan untuk merancang strategi bagi menghadapi suasana ekonomi bila PKP ditamatkan. Apakah senario-senario yang mungkin berlaku, apakah kesan ke atas pernigaan dan apakah langkah-langkah yang boleh menjadi pilihan.

Sediakan payung sebelum hujan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s