Perkongsian Di Ketika PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula di pertengahan bulan Mac 2020 bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19. Di peringkat awal PKP ini, hampir kesemua kegiatan ekonomi terhenti dan fokus diberikan untuk melandaikan perkembangan wabak.

Halangan kepada aktiviti masyarakat seperti PKP ini bukan sahaja terhad di Malaysia malah digunapakai di seluruh dunia. Ianya dimulakan oleh China, negara pertama yang menghadapi wabak Coronaviris terbaharu ini. Bila wabak ini mula melandai, orang-orang yang terjejas punca pendapatan dan pekerjaan mula membangkitkan persoalan ekonomi.

Presiden Amerika, Donald Trump, membuat kenyataan bahawa kesan ubat yang digunakan ti boleh lebih teruk dari penyakit yang mahu dihindari. Memandang kehadapan, persoalan di antara mana satu yang harus diutamakan, nyawa atau kehidupan (life or live) akan menjadi lebih terserlah terutamanya bila lebih banyak perniagaan bungkus dan lebih ramai orang yang hilang pekerjaannya. Ini jelas jika kita memerhatikan apa yang sedng berlaku di Amerika yang mana sudah hampir 40 juta manusia menganggur disebabkan Covid-19 berbanding dengan hampir 100,000 yang meninggal dunia.

fullsizeoutput_abda

Saya juga bekerja dari rumah, satu konsep yang menjadi popular di ketika PKP. Di samping itu, saya ada juga berkongsi beberapa pandangan di media sosial yang bersangkutan dengan kesan wabak Covid-19 ke atas masyarakat khususnya di dalam perspektif perniagaan.

Mulai hari ini saya akan cuba kongsikan apa yang saya sudah tulis di sepanjang PKP dan menambah baik mana yang perlu agar ianya membawa manfaat kepada anda semua. Senarai perkongsian saya yang berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Kerja Dari Rumah – https://poknikdeen.com/2020/03/24/kerja-dari-rumah/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s