اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ، اللَّهُ أَكۡبَرُ كَبِيرًا.
وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبۡحَانَ اللَّهِ بُكۡرَةً وَأَصِيلًا. نَحۡمَدُهُ سُبۡحَانَهُ وَتَعَالَى حَمۡدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الۡحَمۡدُ كَمَا يَنۡبَغِي لِجَلَالِ وَجۡهِكَ وَعَظِيمِ سُلۡطَانِكَ.
أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡبَدۡرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الۡمُنِيرِ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا مُحَمَّدٍ، ٱلرَّحۡمَةِ المُهۡدَاةِ وَالنِّعۡمَةِ المُسۡدَاةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ.
أَمَّا بَعدُ:
Wahai ahli keluargaku yang dicintai sekalian.
Syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan kurniaNya kita dapat menyempurnakan ibadat puasa di dalam bulan Ramadhan serta melakukan pelbagai ibadat yang lain demi untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
Aidil Fitri yang kita sambut pada hari ini ialah kurniaan Allah dan hendaklah kita menyambutnya dengan banyak bertakbir dan membesarkan Allah seperti firmannya di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Wahai ahli keluargaku yang dicintai sekalian.
Suasana Aidil Fitri tahun ini berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana seluruh dunia sedang menghadapi wabak Covid-19 yang menyebabkan banyak aktiviti kemasyarakatan terpaksa disekat bagi memutuskan rantaian jangkitan wabak ini.
Sebagai orang yang beriman, disamping usaha kita untuk mengelakkan wabak ini, elok juga kita mengambil pedoman dari ajaran Al Quran bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam masyarakat.
Firman Allah SWT:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Surah al-A’raf (96)
Ini bermakna jika kita mahu Allah memberkati kehidupan kita, kita perlu memperkukuhkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT. Oleh itu usaha kita secara berterusan untuk mengukuhkan aqidah, memperbaiki amalan kita supaya kita hanya beribadat dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW serta memperelokkan akhlak kita dengan mencontohi akhlak Baginda yang mulia adalah di antara kaedah untuk kita melaksanakan suruhan ayat di atas. Semoga dengan itu, bala yang dihadapi diseluruh dunia ini diangkat oleh Allah SWT.
Walaupun dikatakan kita terpaksa hidup dengan norma baharu seperti penjarakan sosial, tuntutan untuk kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa tidak akan berubah sama sekali.
Marilah kita berdoa kehadrat Allah supaya amal ibadat kita di bulan Ramadhan diterima, dikurniakan kita oleh Allah rahmat dan keampunanNya dan kita dijauhkan dari api neraka.
تقبل الله منا ومنكم
وجعلنا من العا ئدين والفائزين
Gunakanlah kekuatan yang kita kumpul di bulan Ramadhan sebagai modal untuk kita terus berusaha untuk menjadi hamba Allah yang diredhai di dunia dan akhirat.
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ اتَّقُوا اللَّهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ. فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ.
ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، وَلِلَّهِ الۡحَمۡدُ. أَشۡهَدُ أَنۡ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحۡدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. أَمَّا بَعۡدُ:
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ، أُوصِيكُمۡ وَإِيَّاىَ بِتَقۡوَىٰ اللَّهِ فَقَدۡ فَازَ الۡمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ الزَّادِ التَّقۡوَىٰ.
Abu Hurairah meriwayatkan:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ
“Nabi bersabda: Celakalah seseorang, aku disebut-sebut di depannya dan dia tidak mengucapkan selawat kepadaku, dan celakalah seseorang, bulan Ramadhan menemuinya kemudian keluar sebelum ia mendapatkan keampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Surga (karena kebaktiannya).”
(HR. Tirmidzi).
Hadis ini mengingatkan kita akan pentingnya mengambil peluang untuk mendapatkan kurnia Allah bila kita berhadapan dengan situasi-situasi tertentu. Oleh itu kita hendaklah sentiasa sedar akan apa yang berlaku di sekeliling kita dan cuba untuk mendapatkan anugerah yang terbaik berdasarkan peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita semua.
Kita semua kena ingat bahawa kehidupan selepas kematian yang akan kita tempuhi ditentukan oleh amal perbuatan kita di dunia ini. Jadi gunakanlah segala peluang yang ada untuk beribadat kepada Allah agar kita menjadi hamba yang diredhaiNya. Ibadat ini tidak terhad kepada ibadat khusus seperti solat, puasa zakat dah haji sahaja. Malah, banyak aktiviti kehidupan kita boleh menjadi ibadat jika kita melakukannya dengan ikhlas dan memenuhi prinsip dan syarat yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيۡتَ عَلَى إِبۡرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبۡرَاهِيمَ. وَبَارِكۡ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكۡتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيمَ فِى الۡعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اَللَّهُمَّ اغۡفِرۡ لِلۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ وَالۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ الۡأَحۡيَآءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَاتِ. رَبَّنَا اغۡفِرۡ لَنَا ذُنُوبَنَا وَذُنُوبَ وَالِدِينَا وَارۡحَمۡهُمۡ كَمَا رَبَّوۡنَا صِغَارًا. رَبَّنَا اغۡفِرۡلَنَا وَلِإِخۡوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالۡإِيمَانِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ.
رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ. رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّمۡ. وَالۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ.
ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، ٱللَّهُ أَكۡبَرُ، وَلِلَّهِ الۡحَمۡدُ.