Komunikasi Korporat perlu diurus secara berstrategik

JM4p+HIqRPilqa8lzEGOIg

Para usahawan diingatkan supaya menguruskan isu komunikasi korporat dan perhubungan awam mereka secara strategik bagi mempastikan mereka dipandang dengan imej yang baik oleh pihak yang berkepentingan.

Pakar komunikasi korporat Puan Adelina Iskandar menyatakan demikian di program Strategi Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Bagi SME yang dianjurkan oleh Inovastra di Kuala Lumpur hari ini.

Program yang dihadiri oleh lebih kurang 20 usahawan ini juga membincangkan bagaiman usahawan memperkukuhkan hubungan mereka dengan pihak berkepentingan yang merangkumi, antaranya, pelanggan, pekerja, pembiaya dan pihak berkuasa. Di samping itu, kaedah untuk menguruskan krisis, satu perkara yang mungkin ditempuhi oleh SME juga diulas secara terperinci. Ini termasuk cara berurusan dengan media dan siapa yang seharusnya bertanggungjawab di dalam keadaan ini.

Para usahawan hadir telah mengambil peluang untuk mengajukan pelbagai pertanyaan bagi memperlelaskan konsep yang dibincangkan bersesuaian dengan situasi yang mereka hadapi, termasuk penggunaan media sosial.

Di dalam membincangkan perkara komunikasi korporat, keupayaan untuk berurusan dengan media cetak nampaknya menjadi tumpuan. Oleh yang demikian Inovastra bercadang untuk menganjurkan program sedemikian dengan kerjasama Puan Adelina di dalam masa terdekat.

CLLuhFRzQqmA3ypxcV7BIg

Tinggalkan komen