Inovastra telah menanjurkan program SekopiDua yang ketiga berkenaan senario integriti di Malaysia dan penggunaan perancangan senario di dalam membentuk strategi. Program ini diadakan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia dan menggunakan buku A New Malaysia, Integrity, Responsive Leaders, Responsive Rakyat sebagai asas. Buku ini boleh dimuatnaik di sini.
Saudara Nizam Ali, Pengarah Kanan IIM, serta Meg Soh Mey Lee yang merupakan seorang pengamal perancangan senario dan strategi telah berkongsi pengalaman dan pemerhatian mereka di dalam tajuk berkenaan. Meg merupakan pemudahcara yang membantu IIM membentuk senario-senario integriti di dalam tahun 2013. Nizam pula merupakan orang yang memacu projek ini.
Dua perkara yang dikira sebagai pemacu utama integriti di tengah-tengah masyarakat ialah kerajaan yang responsif kepada isu-isu integriti dan rakyat yang mempunyai nilai-nilai tinggi dan mahu membudayakan integriti. Ini bermakna, bukan saja pemimpin harus dipilih dari orang-orang yang berkemampuan, beramanah dan berani melakukan apa yang betul, rakyat juga harus mempamirkan perangan dan sikap yang positif di dalam kehidupan harian mereka.
Lebih 30 orang hadirin bukan saya memeriahkan majlis malah telah berkongsi pandangan dan bertanya soalan-soalan yang menarik. Ini menjadikan majlis ini hidup dan memberi gambaran positif bahawa ramai rakyat Malaysia yang bukan saja peka berkenaan isu-isu integriti malah sanggup menyinsing lengan untuk berbuat sesuatu.
Semasa menutup majlis, saya menyeru kepada hadirin supaya meneruskan usaha mereka untuk menyumbang kepada pembinaan negara. Tidak ada orang yang dikira kecil untuk berbuat sesuatu. Semua orang ada ruang.