Fasa Perkembangan Perniagaan dan Cabarannya

Perkembangan perniagaan.001Seperti mana bayi yang membesar dan memerlukan perkara yang berbeza, perniagaan juga mempunyai sifat yang sama. Rajah di atas menggambarkan fasa pembesaran perniagaan sekiranya berjaya mengatasi cabaran-cabaran yang diperincikan di bawah,.

Fasa pertama, fasa permulaan, adalah fasa yang paling getir. Tidak banyak perniagaan melepasi peringkat ini. Fasa ini mencabar perniagaan untuk mempunyai produk yang mempunyai permintaan di dalam pasaran, mempunyai model perniagaan yang betul, modal yang mencukupi dan pelbagai cabaran lagi sama seperti bayi yang baru lahir.

Fasa perkembangan pesat ialah bila perniagaan perlu berkembang untuk terus wujud, keperluan pembiayaan yang meningkat serta perlu membesarkan jaringan jualan. Inilah peringkat yang mana sistem pengurusan perlu diperkemaskan, sesuai dengan keperluan perniagaan yang semakin kompleks.

Fasa lestari memerlukan perniagaan menumpukan kepada pulangan kepada usahawan dan pemodal. Fasa ini juga memerlukan perniagaan mempunyai pimpinan dan perkerja yang mengamalkan budaya yang mantap. Di peringkat ini juga, mutu kepimpinan adalah kritikal bagi mempastikan kesemua orang berusha ke arah yang sama.

Fasa global memerlukan peruniagaan dipimpin dengan gaya yang lebih canggih kerana pasaran yang diceburinya mempunyai pelbagai kerenah dan keperluan. Ketika ini, usahawan berperanan sebagai kepten sebuah kapal, menetapkan arah tujuan serta memberi bimbingan kepada setiap pengurus agar mereka memberi sumbangan yang positif kepada perkembangan perniagaan yang semakin meluas.

Jika usahawan gagal mengubah cara pengurusan mereka selari dengan kehendak perniagaan yang melalui fasa-fasa ini, risiko gagal juga agak tinggi. Garisan G1, G2 dan G3 mengambarkan kesan keupayaan perniagaan menangani risiko tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s