Tak Boleh Lari Dari Usaha Dan Kerja Kuat

fullsizeoutput_a695Saya memulakan perkhidmatan profesional perakaunan saya sendiri di awal tahun 90an. Ketika itulah saya mula berurusan secara lansung dengan ramai usahawan kecil dan sederhana. Ada yang memulakan perniagaan dan menjadi kaya di sepanjang saya berada di dalam industri, ada yang kaya kemudian miskin dan ada yang tak ke mana-mana, macam berlari setempat.

Keusahawanan memerlukan usahawan mencari peluang, memikirkan jalan untuk merebut peluang tersebut dan menguruskan perniagaan macam organisasi yang lain juga. Walaupun peluang besar di depan mata, kalau tak pandai urus, tak boleh bertahan lama juga. Yang pandai mengurus tetapi tak pandai ambil peluang atau mencari peluang, tak akan berjaya juga.

Jadi, kalau nak berniaga, kena sentiasa berusaha di dalam pelbagai perkara. Ini yang saya simpulkan ke dalam 6 dimensi yang sering saya bincangkan:

  • Strategi
  • Operasi
  • Pemasaran
  • Insan
  • Kewangan
  • Pematuhan

Apa yang mungkin berbeza jika dibandingkan di antara zaman itu dan sekarang ialah kini memulakan perniagaan itu amat mudah. Dengan adanya pelbagai platfom atas talian, usahawan lebih mudah memperkenalkan perniagaan dan produk mereka kepada pelanggan atau bakal pelanggan dengan kos yang murah. Dulu nak buat laman sesawang kena bayar ribuan ringgit, sekarang boleh adakan laman di Facebook sahaja dengan percuma dan lebih interaktif.

Namun, kemudahan ini tidak menghilangkan asas utama perniagaan, menawarkan barangan atau perkhidmatan yang menyelesaikan masalah pelanggan pada harga yang mereka mampu bayar. Walaupun senang dan ringkas, perlaksanaannya lebih rumit dan susah berbanding dengan memikirkan macamana nak berniaga. Sebab itulah menjadi profesor perniagaan di universiti bukan pra-syarat untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kalau tuan profesor buka kedai, belum tentu kedai iti masih wujud setahun kemudiannya. Malah saya katakan di universiti budaya mengambil risiko hampir tiada lansung.

Jika pihak kerajaan sediakan kemudahan untuk kita pasarkan barangan kita, kita masih perlu berusaha. Falsafah saya ialah tidak berharap kepada kerajaan tetapi saya tak akan sombong untuk menolak tawaran atau bantuan kerajaan.

Kita ambil contoh Online Agro Bazaar yang diwujudkan oleh FAMA. Ianya adalah satu platfom yang membolehkan para petani dan nelayan untuk menjual produk mereka secara lansung kepada pelanggan tanpa melalui orang tengah. Adanya platfom ini tidak akan menjadikan kesemua petani dan nelayan kaya. Pertama, mereka kena ada produk yang sesuai dan ada permintaan, kedua kena guna platfom dan seterusnya kena usaha dengan sendiri untuk mencari pelanggan dan bakal pelanggan dan kenalkan produk kita. Yang ketiga itulah tetap rumit dan susah.

Inilah nilai yang dibawa oleh orang tengah. Mereka telah bina rangkaian jualan mereka. Mereka kumpulkan produk dari petani dan nelayan dan nelayan sebelum diedarkan melalui rangkaian jualan ini. Bukankah ini sama dengan kerja FAMA. Ya, sama. Jadi apa yang membezakan FAMA dan orang tengah? Orang yang berkerja dengan FAMA hanya berkerja dengan FAMA. Orang tengah berkerja secara lansung untuk buat untung kepada syarikat dan diri mereka. Berkerja untuk diri sendiri dan berkerja dengan orang lain amat berbeza dari segi motivasi dan kadar kerja.

Berani saya nyatakan di sini, selagi kita hidup kita kena tempuhi “kerumitan dan kesusahan”, tak ada jalan lain. Kalau berniaga, kerumitan dan kesusahan ini akan bertambah. Sebab itu orang berniaga lebih arif dan faham tentang risiko dan bagaimana nak menguruskannya. Mengapa? Bila berniaga kita taruhkan modal, samada kewangan atau diri kita, melalui perniagaan. Kalau gagal, modal hangus, diri terhutang dan air muka tercalar. Sebab tu, usahawan akan lebih teransang dan perlu untuk menghadapi kerumitan dan kesusahan.

Orang dulu-dulu pun ada berkata “kalau tak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”. Itu adalah nasihat yang benar, hidup ini susah, kena berani hadapi kesusahan dan kepayahan dengan usaha sebelum kita bertawakal kepada Allah.

Rajin mengeluh di media sosial dan salah pihak itu dan ini tidak menghilangkan keperluan untuk berusaha dan kerja kuat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s