Kerja Dari Rumah

Sudah lama saya tidak menulis di ruangan ini. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul menyebabkan masa yang terluang amat sedikit. Namun di ketika hampir semua rakyat Malaysia “berkurung” di kediaman masing-masing kerana Perintah Kawalan Pergerakan, adalah masa sedikit bagi membolehkan saya berkongsi pandangan seperti dahulu.

 

7246f5dd-c8ec-400b-86cd-ce6af2200fee

Bagi mereka yang bekerja dengan pelbagai organisasi, tentunya anda semua, seperti saya, bekerja dari rumah. Kata kunci utama ialah “bekerja”. Ini bermakna amanah dan tanggungjawab yang kita pikul tidak hilang hanya kerana kita tidak berada di tempat kerja masing-masing.

Apa yang perlu kita lakukan boleh jadi berbeza berdasarkan peranan dan tanggungjawab kita di organisasi masing-masing. Malah, bagi yang bekerja di barisan hadapan seperti perkhidmatan kaunter, tentunya itu tidak dapat dilakukan di rumah. Molek jika anda tanya bos masing-masing apa yang boleh anda lakukan kerana gaji tetap berjalan. Jika bos kata dah tak ada apa yang anda boleh lakukan sebagai ganti, bolehlah rehat dengan tenang.

Bagi pegawai atasan pula, amat kecil kemungkinannya mereka boleh rehat. Ini adalah kerana tanggungjawab mereka lebih kepada membentuk strategi, menyelia pelaksanaan dan menilai hasil. Jika mereka bersedia lebih awal dengan mempastikan maklumat dan data boleh dicapai dari rumah, kerja kena tetap dilaksanakan. Ramai orang menjangka banyak perubahan akan berlaku disebabkan wabak Covid-19 ini. Tentunya ini memerlukan bos-bos untuk bersedia dengan strategi dan langkah-langkah yang bersesuaian dengan suasana baharu bila wabak ini sudah dapat ditangani.

Bagi organisasi yang sudah membuat persediaan awal termasuk dengan mewujudkan Rancangan Kesinambungan Perniagaan (Business Continuity Plan), persediaan ini akan memudahkan operasi terus berjalan walaupun tidak ada orang di pejabat. Proses-proses kritikal dikenalpasti lebih awal dan diwujudkan kaedah pilihan yang mana proses-proses berkenaan boleh dijalankan samada di premis lain atau pun di rumah. Kena ada pelaburan di dalam sistem dan teknologilah. Orang yang bekerja dari rumah juga perlu ada jalur lebar yang mencukupi dan komputer yang cukup kuat. Jika tidak, kerja akan tersangkut-sangkut juga.

Di dalam masa yang sama, kita jangan lupakan doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan yang berjuang siang dan malam untuk menangani wabak Covid-19 ini. Anggota polis dan tentera juga sudah menjadi pekerja barisan hadapan. Di samping mereka, ada ribuan rakyat Malaysia yang lain yang kena terus bekerja dan mendedahkan diri mereka kepada Covid-19 untuk mempastikan bekalan letrik, perkhidmatan telefon, bekalan makanan dan keperluan asas yang lain tidak terputus. Malah, mereka yang bekerja menghantar barangan dan makanan pun turut mengambil risiko supaya kita boleh selamat di rumah-rumah kita.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menurut arahan untuk berada di rumah atau “stay at home” sebagai sumbangan kita sebagai rakyat yang setia kepada negara. Mungkin ada ketika yang mana kita perlu keluar untuk mendapatkan bekalan makanan tetapi kena minimakan perkara itu. Kenanglah jasa pekerja barisan hadapan dengan kita tinggal di kediaman masing-masing. Kesabaran kita penting untuk melawan wabak Covid-19 ini.

#bekerjadarirumah

1 Comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s