Mengapa Pengurus Pasukan Bola Melompat-lompat Di Luar Padang?

images

Bagi peminat bolasepak atau sukan-sukan berpasukan yang lain, anda tentu maklum bahawa pengurus pasukan biasanya tidak bermain. Mereka berada di luar gelangang, kadang-kadang melompat dan melaung memberi arahan.

Mengapa mereka tidak bermain? Tugas mereka berbeza dengan pemain. Di antaranya:

  • Menentukan bentuk pasukan mengikut falsafah pengurus.
  • Menentukan pembelian pemain, jurulatih dan pegawai sokongan yang lain, bersesuaian dengan bentuk permainan yang ditetapkan.
  • Memilih pemain untuk satu-satu perlawanan dengan mengambilkira perlawanan seterusnya dan kedudukan kesihatan pemain.

Tugas pengurus ialah merancang kemenangan di akhir musim. Pemain pula adalah orang-orang yang membawa kemenangan tersebut.

Di antara cabaran pengurus di liga-liga terbesar dunia ialah untuk mempastikan jutawan-jutawan yang berada di dalam padang untuk bersemangat dan memberikan persembahan yang terbaik di dalam setiap perlawanan dan bermain sebagai satu pasukan. Ini bukan senang kerana ramai manusia yang bila diberi sedikit kesenangan pun sudah mula berlagak tokey.

Dengan berada di luar padang, pengurus boleh memerhatikan keseluruhan permainan dan boleh berinteraksi dengan jurulatih dan penasihat yang lain. Dia kemudian membuat keputusan dan ini yang disampaikan melalui laungannya. Bukan main-main, setiap laungan mungkin bernilai puluhan ribu kerana gaji dan imbuhan pengurus juga adalah tinggi.

Pemerhatian ini boleh juga kita pakai di dalam menguruskan perniagaan. Pengurus yang hebat berjaya menghebatkan lagi perkerja-perkerja yang hebat. Dia menunjukkan arah, memberi semangat dan memudahkan urusan perkerja supaya mereka boleh memberikan yang terbaik kepada perniagaan.

Pengurus tidak berebut glamour dengan perkerjanya. Masing-masing ada peranan yang berbeza.

Di dalam permainan bola, kemenangan datang bila pemain menjaringkan gol, bukan pengurus. Di dalam perniagaan, pengurus tidak boleh rasa iri hati jika jurujual membuat jualan yang tinggi, itu peranan jurujual. Membolehkan dan menyenangkan jurujual membuat jualan adalah tugas pengurus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s