Perniagaan Sebagai Ibadah

Saya telah dijemput untuk bersembang-sembang dengan para usahawan di dalam majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk MPAJ Zon 3 yang dipengerusikan oleh Anfaal Saari. Topiknya ialah bagaimana mahu membawa perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Saya menekankan bahawa perniagaan adalah satu peluang untuk kita beribadah kepada Allah SWT. Sebenarnya masa di dalam perniagaan jauh lebih banyak berbanding dengan masa untuk solat dan lain-lain ibadah khusus. Jadi rugilah sekirannya masa di dalam perniagaan dan juga perniagaan itu sendiri tidak dijadikan ibadah.

Apabila kita menjadikan perniagaan ibadah, tentunya kita mahu menjadikan perniagaan kita cemerlang sama seperti solat yang khusyuk, puasa yang sempurna dan haji yang mabrur. Ini adalah selaras dengan konsep Ehsan, tonggak ketiga di dalam agama selepas Iman dan Islam.

6 dimensi pengurusan perniagaan yang meliputi strategi, pemasaran, operasi, modal insan, kewangan dan pematuhan memberikan usahawan satu model untuk memperkukuhkan perniagaan masing-masing. Ini akan menjadikan perniagan sebagai satu ibadah yang berterusan dan membawa manfaat yang besar kepada pelbagai pihak termasuk pekerja, pembekal, pelanggan dan juga kerajaan.

Asas perniagaan ialah menyelesaikan kehendak manusia, samada melalui barangan yang dijual atau pun perkhidmatan yang diberikan. Sekiranya kesemuanya mematuhi shariah, tentunya ini merupakan amal soleh yang ada perkiraan di dalam agama kita. Hanya kita yang mungkin terlepas pandang berkenaan perkara ini.

Peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat kecil dan sederhana (SME) akan mengimbangi pengucupan pekerjaan di dalam syarikat besar-besar yang mempunyai keupayaan untuk melabur di dalam teknologi bagi menjadikan mereka lebih cekap dan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Tentunya SME yang berkembang akan memerlukan pekerja yang lebih ramai. Ini bermakna lebih ramai orang yang boleh mencari rezeki yang halal melalui SME berkenaan. Bukankah ini akan menjadi sumber pahala kepada usahawan yang membuka peluang pekerjaan itu?

Apabila perniagaan dijadikan ibadah, sudah tentu pengusaha dan pengurusnya tidak akan mencampur ibadah dengan perkara-perkara keji dan jijik seperti rasuah dan salahguna kuasa. Ini akan menjadikan sektor ekonomi kita lebih bersih dan harta-harta awam lebih selamat. Bukankah ini yang kita hajatkan? Jika Salman Rushdie dikutuk kerana menghina Nabi SAW, bagaimana pula usahawan yang memberi rasuah dan penjawat awam yang menerima rasuah? Bukankah Nabi telah nyatakan kedua-duanya di dalam neraka dan pelanggaran larangan Nabi ini satu penghinaan ke atas ajaran Baginda?

Ramai juga hadirin yang bertanyakan soalan dan berkongsi pengalaman di dalam sesi soal jawab. Ini menunjukkan mereka mampu mengaitkan perkara yang dibangkitkan dengan situasi masing-masing. Saya pula suka disoal kerana saya terpaksa memahami isu yang ditanya dan memberikan jawapan atau saranan yang munasabah. Ini sebenarnya satu proses pembelajaran juga bagi saya.

Pihak Yayasan Hijrah Selangor juga hadir untuk memberikan taklimat berkenaan pakej-pakej pembiayaan yang mereka tawarkan kepada usahawan khususnya peniaga kecil. Ini tentunya memudahkan usahawan mencari modal dan membiayai perniagaan masing-masing tanpa perlu melalui proses yang panjang dan mencabar.

Semoga program ini membawa manfaat kepada semua yang hadir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s